Jumaat, 14 Mac 2014

SKEMA ULANGAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF SEMESTER 2

2.         Keris Mas melalui novelnya bertajuk Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ada menekankan pembangunan insan melalui ilmu pengetahuan. Bincangkan bagaimana ilmu pengetahuan diaplikasikan dalam pembangunan insan.                                                                              [25]
__________________________________________________________________________________
Skema pemarkahan:

A.        Pengenalan [ 3 ]

F1:       ilmu boleh ditakrifkan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang sesuatu bidang yang     disusun secara bersistem
F2:       digunakan untuk menerangkan sesuatu
F3:       Membangunkan modal insan pada masa hadapan
            Keluar dari kepompong kemiskinan
F4:       Membuka peluang pekerjaan
F5:       Melahirkan  insan yang bermoral / beriman / bertanggungjawan / amanah
F6:       Dihormati dan di sanjungi

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 1 markah (1 markah x 3 isi = 3 markah)

B.         Isi [20]

F1:       Ilmu perdagangan
H/C:     Datuk Tan memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Anak bongsu menuntut di Universiti Malaya manakala anaknya yang sulung Robert menuntut di London dalam bidang kejuruteraan Lombong. Dengan ilmu yang diberikan kepada anak-anaknya itu diharapkan anak-anaknya, terutama Robert akan mengambil alih syarikat yang diterajui oleh ayahnya.
Kesan: perlu dikaitkan dengan pembangunan insan

F2:       Ilmu Perlombongan
H/C:     En.Muhammad telah menghantar Rahim belajar ke luar negara di salah sebuah universiti terkenal di London dalam jurusan pengurusan Dagang kerana bagi En. Muhammad ilmu pengurusan sangat penting dan kejayaan Rahim lulus dengan memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan Dagang tepat pada waktu syarikat lombong lembah Tualang ditubuhkan. Rahim diharapkan akan mengambilalih tempatnya suatu hari nanti.
Kesan: perlu dikaitkan dengan pembangunan insan

F3:       Ilmu agama
H/C:     Lebai Maaruf dibesarkan di Surau, tetapi turut mempunyai kelulusan dalam SPM kerana kebetulan di surau tempatnya belajar agama ada guru sekolah yang berijazah yang mengajarnya hingga lulus SPM. Ilmu agama yang diperolehinya di surau dimanfaatkan untuk mengajar mengaji penduduk Kampung Pulai.
Kesan: perlu dikaitkan dengan pembangunan insan

F4:       Ilmu penanaman orkid
H/C:     En.Muhammad memaklumkan kepada abangnya Penghulu Mahmud yang isterinya Cik Puan Tipah hendak membuka ladang orkid di kawasam jeram Medang. Tujuannya untuk mengajar anak-anak muda kampung ilmu menanam orkid untuk dijadikan perniagaan. Matlamatnya untuk  membantu penduduk kampung Pulai keluar dari belenggu kemiskinan.
Kesan: perlu dikaitkan dengan pembangunan insan




F5:       Ilmu perniagaan runcit / kecil
H/C:     Pak Salim menjalankan perniagaan kecil di Kampung Pulai dengan membuka warung dan juga kedai runcit yang menjual pelbagai barangan yang menjadi keperluan penduduk kampung.
Kesan: perlu dikaitkan dengan pembangunan insan

F6:       Ilmu pengurusan pejabat/kesetiausahaan
H/C:     Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan Lima meneruskan pengajian dalam bidang kesetiausahaan. Setelah setiausaha En.Muhammad berhenti, Mahani telah diterima menjadi setiausaha di Pejabatnya. Beliau merupakan seorang setiausaha yang cekap bekerja dan pintar.
Kesan: perlu dikaitkan dengan pembangunan insan

F7:       Ilmu politik
H/C:     YB Mohd. Yusof yang merupakan wakil rakyat memahami dan menggunakan pengalaman dalam ilmu politik untuk terus mendapat sokongan rakyat dengan berusaha mengadakan pelbagai projek bagi membantu rakyat antaranya kerjasamanya dengan Encik Muhammad untuk memindahkan penduduk kampung Pulai ke rancangan Felda.
Kesan: perlu dikaitkan dengan pembangunan insan

F8:       Ilmu pengurusan perhubungan awam.
H/C:     Sudin yang mempunyai pengalaman berhubungan dengan pelbagai lapisan masyarakat semasa menjadi broker telah memudahkannya diterima sebagai wakil kepada wakil rakyat. Seterusnya dia telah dilantik sebagai pegawai perhubungan raya Syarikat Lombong lembah Tualang kerana kebolehannya berhubung dengan orang ramai.
Kesan: perlu dikaitkan dengan pembangunan insan

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 4 markah(1 markah fakta, 3 markah perbincangan)
5 isi = 5 x 4 markah = 20 markah

C:        Penutup [ 2 ]

Penilaian/Pandangan/Rumusan/Kesimpulan/Cadangan





















4 .        Berdasarkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur, bincangkan usaha yang boleh diambil oleh Encik Muhammad sebagai ahli korporat untuk memelihara alam sekitar di Kampung Pulai.    [25]
Skema pemarkaban A: Pengenalan (3]

-Latar belakang Encik Muhammad
-Konsep alam sekitar

B: Isi [20]

F1.           Membatalkan sahaja hasrat membuka lombong di Kampung Pulai
Encik Muhammad sepatutnya tidak meneruskan hasratnya untuk menjadikan Kampung Pulai itu sebagai kawasan perlombongan. Penentangan Rahim, Lebai Maaruf, Jamaluddin (anak Pak Salim). dan Penghulu Mahmud sudah sepatutnya disedari oleh Encik Muhammad.

F2.           Menggantikan projek melombong itu dengan perniagaan yang berunsurkan pertanian
Encik Muhammad yang terlalu mementingkan kekayaan dirinya itu sepatutnya merancang untuk membangunkan Kampung Pulai dengan projek perladangan yang tentu lebih sesuai dengan keadaan kampungnya itu yang masih dikelilingi oleh kawasan hutan yang menghijau

F3.           Mencantikkan lagi Kampung Pulai dengan mempertahankan kebijauan yang ada di situ melalui projek pelancongan/mengusahakan projek pelancongan
Encik Muhammad juga boleh membangunkan Kampung Pulai ini dengan projek rekreasi yang berasaskan kepada industri pelancongan. Jika projek ini yang dijalankan oleh Encik Muhammad, Kampung Pulai bukan sahaja akan menjadi terus indah, tetapi penduduknya juga tidak perlu berpindah.

F4.       Menanam semula tumbuhan-tumbuhan di kawasan yang termusnah/Pemuliharaan habitat flora dan fauna
Encik Muhammad perlu merancang untuk menghijaukan semula tanah lombong yang telah digunakan. Penimbunan semula tanah yang dikorek itu harus dibuat secara terancang agar tanah yang tetah digunakan untuk perlombongan itu boleh digunakan kembali, setidak-tidaknya dengan menanam pokok-pokok biar kehijauan Kampung Pulai itu dapat dihidupkan kembali.

F5.       Menghasilkan taman-taman rekreasi
Walaupun Kampung Pulai itu mungkin akan musnah oleh kerakusan Encik Muhammad, tetapi sebagai manusia Encik Muhammad juga perlu menyayangi alam sekitarnya. Untuk itu beliau perlu membina kawasan rekreasi di sekitar tempat perlombongan tersebut. Ia bukan sahaja untuk kepentingan riadah pekerja di kawasan lombong berkenaan, tetapi juga boleh membina daya tarikan kepada penduduk yang masih tinggal di sekitar Kampung Pulai itu.

F6.       Tanggungjawab sosial mengadakan kempen dan seminar cinta akan alam sekitar
Demi mempertahankan kampung kelahirannya, Encik Muhammad boleh sahaja menganjurkan kempen atau seminar tentang kepentingan mencintai alam sekitar kepada orang ramai bagi menebus segala kesilapan yang dilakukannya kerana memusnahkan alam sekitar di Kampung Pulai. Beliau juga boleh menubuhkan tabung pemuliharaan alam sekitar bagi mcmbantu orang ramai menghijaukan kawasan-kawasan lain yang masih belum dimusnahkan.

Pilih 5 isi sahaja
I isi = 4 mark ah (1 markah fakta, 1 markah huraian, 1 markah perbincangan, 1 markah contoh)
5 isi = 5x 4 markah = 20 markah

C: Penutup [2]
Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan
Soalan 5
Sultan Muhammad Syah dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan pemimpin yang berpandangan jauh. Baginda telah memperkenalkan aturan dan adat istiadat tertentu di Melaka. Bincangkan pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan negara.                                     [25]
__________________________________________________________________________________
Skema permarkahan:

A.        Pengenalan     [3]
            Latarbelakang Sultan Muhammad Syah
            Konsep aturan [melibatkan hukuman, tidak melibatkan hukuman (ditegah)]
            Konsep adat istiadat (dalam istana dan luar istana)

B.         Isi                    [20]

            Aturan:
            F1        larangan “kekuningan” dalam pakaian seperti kain, baju, dan destar
            F2        Larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung
            F3        Larangan membuat perahu yang bertigkap berpenghadapan
            F4        Larangan bergelang emas
            F5        Larangan memakai barang kemas (tanpa izin raja)
            F6        Aturan memakai keris (keris dihadapan)
            F7        Aturan berpayung (putih raja, kuning anak raja)

            Adat Istiadat
            F8        Susunan tertib menghadap raja (Bendahara, Penghulu bendahari, Temenggung                      duduk di seri balai)
            F9        Memberi gelaran (Orang Besar-besar menjemput jika ada yang dikurniakan                           “perserian”)
            F10      Menyambut utusan (gendang, serunai, nafiri, payung putih)
            F11      Menyambut surat (bergajah / berkuda)

            Pilih 5 isi sahaja (3 aturan dan 2 adat istiadat)
            1 isi = 4 markah (1 markah fakta, 3 markah perbincangan yang dikaitkan dengan      pembangunan negara, 1 markah contoh)
            5 isi= 5 x 4 markah = 20 markah

C.        Penutup           [2]

            Penilaian/pandangan/rumusan/kesimpulan/cadangan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan