Jumaat, 7 Februari 2014

SEM 2: CONTOH PROPOSAL PBS P.AM

1)      SINOPSIS
Kajian ini mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekitar……(nama t.kajian). merupakan Bandar yang semakin pesat membangun. Terdapat pelbagai punca pencemaran yang wujud di …(nama tempat kajian). Antara puncanya ialah pembuangan sampah, pembuangan sisa toksik dan bunyi bising kilang.
2)      PENGHARGAAN (sila bt sendiri )

3)      PENGENALAN : dlm pengenalan nyatakan definisi ,objektif , pernyataan masalah dan batasan kajian ( yg ni penting utk dpt markah)



4)
      OBJEKTIF KAJIAN
Contoh :
1.
      Mengenalpasti punca-punca pencemaran alam sekitar di ……
2.  Mengenalpasti kesan-kesan ……

5)      LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian tertumpu di (nama tmpat kajian).  (Tempat kajian) terletak di Negeri …... Keluasannya sekitar 40 km persegi. Bandar ini bersempadan dengan …….

 (Nota : Boleh dipanjangkan lagi dengan merujuk sejarah Bandar dan demografi Bandar) : Boleh sertakan peta.

6)      KAEDAH KAJIAN

Reka Bentuk Kajian
Berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik dan Kajian Perpustakaan. Data yang di perolehi untuk mencari punca-punca pencemaran alam sekitar. Kajian menggunakan kuantitatif yang menggunakan statistik  peratusan untuk menganalisa dapatan di atas. Kaedah persampelan digunakan dengan mengambil responden seramai ….orang yang terdiri daripada penduduk pelbagai latar belakang yang tinggal di ……

Prosedur Kajian
Mendapatkan izin daripada pelbagai pihak  untuk menjalankan kajian.  Soalan soal  selidik dibuat dan disemak oleh guru bagi memastikan soal selidik ini releven dengan kajian.

 Sampel Kajian
Terdiri daripada … orang penduduk di sekitar Bandar …...  Dipilih secara rawak yang terdiri daripada berbagai etnik dan jantina.  Responden mewakili berbagai populasi, umur,dan latar belakang keluarga. (carta pai dan graf)

Instrumen  Kajian
Menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 20 soalan untuk mendapatkan data jenis-jenis pencemaran, punca-punca pencemaran alam sekitar di Bandar….

Kaedah Analisa Kajian.
Kaedah pentafsiran dapatan dibuat secara diskriptif iaitu menggunakan peratusan sebagai perbandingan. 

7)      DAPATAN KAJIAN (PERBINCANGAN) berdasarkan kaedah yg kita buat td

Nota : Lain-lain punca  boleh dihuraikan mengikut jadual
Nota : Boleh disertakan bentuk Media Graf/carta untuk mempersembahkan dapatan kajian

Punca-punca pencemaran alam sekitar di sekitar ……: (Kajian merujuk kepada kajian Perpustakaan)
1.      Punca pembuangan sampah (huraikan)
2.      Punca sisa toksik pencemaran air (huraikan)
3.      Punca bunyi bising (huraikan)

Nota : Senaraikan dan huraikan punca-punca pencemaran alam sekitar yang releven dengan kajian  

8)      RUMUSAN DAN KESIMPULAN
 Pencemaran alam sekitar sememangnya wujud sehingga hari ini. Kepelbagaian punca pencemaran lazimnya berlaku  yang  meninggalkan impak yang mendalam kepada komuniti penduduk Bandar ….
Dlm rumusan perlu sertakan MASALAH KAJIAN DAN CADANGAN
Contoh : Masalah pertama kumpulan pengkaji ialah untuk mendapatkan kemudahan computer . masalah kedua kumpulan pengkaji ……….
KESIMPULAN …………..
9)      RUJUKAN


Perlu nyatakan rujukan memperoleh kajian . sekurang-kurangnya 5 rujukan sudah memadai .

SEM 2: CONTOH PROPOSAL PBS SEJARAH

CONTOH TAJUK BERDASARKAN TEMA UNTUK PBS SEJ 2014 (SEKADAR CADANGAN)

Sejarah Tokoh
Sumbangan YB.............terhadap masyarakat Kampung.....di Daerah Muara Tuang dari.........hingga........
Sumbangan Penghulu/Tuai Rumah .................terhadap Kampung/Rumah Panjang........ dari tahun....hingga....
Sumbangan Awang Mahyan(siapa saja asal signifikan) dalam perkembangan sukan bolasepak negeri Sarawak hingga tahun 2013
Peranan dan sumbangan En.Jais Sahok dalam bidang bahasa dan kesusasteraan di negeri Sarawak
* Pilih tajuk setempat yang mudah anda kaji seperti Imam,Kadi,Ketua Kampung,Bidan dll

Tema 2: Sejarah Sukan
Sejarah penglibatan Pandalela Rinong dalam Sukan Terjun sehingga Tahun 2013
Sejarah Perkembangan Persatuan Bola Baling di SMK Kota Samarahan dari.......hingga.....
Sejarah Perkembangan Seni Silat Gayung di Kampung.............dari.....hingga........
Kajian Kes: Sejarah perkembangan & Sumbangan Persatuan......dari.....hingga.....

Tema 3: Sejarah politik
Sejarah Perkembangan Parti.....Cawangan.....dari Tahun....hingga.....
Sejarah Ahli DUN/Parlimen kawasan N..../P.....dari ...hingga....
Legasi Politik Pembangunan Era Pehin Sri Taib Mahmud di Sarawak dari...hingga....

Tema 4: Sejarah Kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum
Sejarah asal-usul Kaum Melayu Jawa di Kampung ……. Daerah Kulim dari tahun.....hingga.....
Sejarah asal-usul kaum Melanau di Kampung.....dari.....hingga....
Sejarah asal-usul Merpati Jepang di Sarawak dari tahun...hingga....
Sejarah asal-usul gelaran Abang/Awang/Sharifah/Dayang di Sarawak dari...hingga....

CONTOH PROPOSAL  (TEMA : KAUM)
Tajuk : Sejarah perkembangan budaya kaum Baba dan Nyonya di Melaka dari tahun ….. hingaa ….
Pemilihan tajuk
Saya  telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan dimana terletaknya tinggalan sejarah yang kini menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan cara kehidupan dan budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba nyonya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.
                                                                                                                 
PengenalaN
Cara hidup dan kebudayaan Baba Nyonya:
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.

Objektif kajian
Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah :
a) Untuk mengkaji asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
b) Untuk mengkaji keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d) Untuk mengkaji tentang pakaian yang digunakan oleh kaum ini.
e) Untuk  mengupas makanan tradisional Baba Nyonya.
Permasalahan kajian

Saya akan mengupas mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji dan mengupas bahasa yang digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji tentang pakaian tradisional yang digunakan oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan tradisional Baba Nyonya.

Skop kajian
Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud di negeri ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.

Kajian Lepas:
Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF baru-baru ini telah mendekati kumpulan minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka untuk mengetahui sejauh mana adat resam dan budaya masyarakat itu dapat dipertahankan.
Kaedah Kajian
Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah :
a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang tempatan yang mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.
b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum Baba Nyonya di Jonker Walk.
c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.
d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.

 




Pembahagian Struktur esei.
Bahagian 1 : Asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
Ia berpunca pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang berlaku di antara pedagang Cina yang datang berniaga ke Tanah Melayu pada waktu itu yang kemudiannya jatuh cinta dan akhirnya mengahwini wanita Melayu.
Bahagian 2 : Keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
Kaum Baba Nyonya mengamalkan cara hidup seperti kaum Melayu.Baba Nyonya ini mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.
Bahagian 3 : Bahasa yang digunakan
Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah  golongan ini  mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu (Bahasa Kreol) dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.
Bahagian 4:Pakaian
Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.
Bahagian 5:Makanan
Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan mengupas tentang makanan masyarakat Baba Nyonya yang kita tidak ketahui.Selain itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya dikatakan sama dengan makanan masyarakat orang Melayu.
Penutup

Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya yang semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

SEM 2: PANDUAN PBS UNTUK CREATING SIOALAN TEMU BUAL PBS P.AM

PANDUAN ITEM UTK CREATING SOALAN TEMU BUAL..

CALON TIDAK PERLU RIGID DAN BERGANTUNG KPD AYAT PENUH UNTUK MENANYAKAN SOALAN SEMASA MEMBUAT TEMU BUAL BERSAMA PIHAK SYARIKAT/ORGANISASI.

LANGKAH 1 :DAPATKAN MAKLUMAT BERKAITAN ORGANISASI

1.     MINTA PROFILE ORGANISASI UNTUK MENULIS BAHAGIAN LATAR BELAKANG
2.     PASTIKAN DALAM PROFILE ADA CARTA ORGANISASI UNTUK MENGENALPASTI BENTUK PENJABATAN YANG DIAMALKAN
3.     TANYA PENGURUS/PIHAK YANG DITEMUBUAL BERKAITAN PERKARA BERIKUT:
a.      BILA PENUBUHAN ORGANISASI-TARIKH/TAHUN-SEKIRANYA TIDAK DINYATAKAN DI DALAM PRODILE/ATAU TIADA PROFILE.
b.     APAKAH OBJEKTIF PENUBUHAN ORGANISASI-KALAU TIADA DLM PROFILE.
c.      APAKAH PRODUK UTAMA /PERKHIDMATAN UTAMA YANG DIBERIKAN OLEH ORGANISASI/SYARIKAT
d.     SIAPAKAH SASARAN BAGI PRODUK/PERKHIDMATAN YANG DIKELUARKAN MEREKA DAN SASARAN BOLEH DISOAL/DITANYA BERDASARKAN SEGMENTASI PASARAN SEPERTI :
                                                    i.     FAKTOR DEMOGRAFI YANG MELIPUTI UMUR, JANTINA, KAUM, PENDAPATAN DSB.
                                                  ii.     FAKTOR PSIKOGRAFI YANG MELIPUTI KELAS SOSIAL, SOSIOBUDAYA DSB
                                                iii.     FAKTOR GEOGRAFI YANG MELIPUTI KAWASAN TUMPUAN UNTUK PASARAN BARANG/PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
                                                iv.     FAKTOR GELAGAT –SIAPA YANG MEMERLUKAN PRODUK/PERKHIDMATAN SYKT/ORGANISASI TERSEBUT.
e.      AKTIVITI-AKTIVITI ORGANISASI/SYKT SEPERTI:
                                                    i.     JUALAN
                                                  ii.     PERKHIDMATAN
                                                iii.     KEWANGAN
                                                iv.     SUMBER MANUSIA
                                                  v.     INVENTORI/PERGUDANGAN/STOK/BAHAN MENTAH
                                                vi.     PEMASARAN-PROMOSI
                                              vii.     PENTADBIRAN
                                            viii.     LAIN2 AKTIVITI YANG WUJUD
1.     PERKHIDMATAN SEWA HARTA/KEMUDAHAN MILIK SYKT
2.     SUMBANGAN2/DERMA
3.     HARI KELUARGA
4.     MEMBERI KEMUDAHAN KEWANGAN/PINJAMAN KPD PELANGGAN-KALAU ADA
5.     PAMERAN2
6.     HARI TERBUKA
7.     SUKAN
4.     BAGAIMANA AKTIVITI2 YANG DINYATAKAN DIKELASKAN MENGIKUT UNIT/JABATAN
a.      SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYUSUN/MENENTUKAN PENYUSUNAN SEMUA AKTIVITI
5.     MENANYAKAN ORGANISASI TENTANG KONSEP2 PENGORGANISASIAN YANG DIAMALKAN OLEH SYKT/ORGANISASI:

KONSEP PENGORGANISASIAN

1.     AUTORITI
·       Autoriti adalah kuasa formal dan hak mutlak pengurus untuk membuat sesuatu keputusan, memberi arahan, mengagihkan sumber untuk mencapai matlamat organisasi.
·       Semua pengurus mempunyai autoriti tetapi darjah autoriti yang dimiliki itu adalah berbeza berasaskan peringkat pengurusan di mana mereka berada.
·       Autoriti yang dimiliki oleh seseorang pengurus di dalam sesebuah organisasi didefinisikan di dalam huraian kerja (job description)
·       TANYA PENGURUS BAGAIMANA MEREKA MENDAPAT KUASA YANG ADA SEKARANG, DAN KUASA YANG BAGAIMANA DITURUNKAN KPD STAF. [PENGURUS/PEMIMPIN MENDAPAT KUASA SAH DARI SIAPA]
·       TANYA JUGA ASPEK KUASA GANJARAN YANG DIMILIKI OLEH PENGURUS/KETUA-SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBUAT PENILAIAN KEPADA PEKERJA UNTUK DIBERI GANJARAN, DAN SIAPA YANG BERHAK MENENTUKAN GANJARAN TERSEBUT.

2.     TANGGUNGJAWAB
·       Kewajipan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas yang diberikan
·       Wujud apabila seseorang pekerja menerima sesuatu kerja
·       Apabila pengurus mengarahkan pekerja melakukan kerja
·       BAGAIMANA PENGURUS MEMASTIKAN SEMUA TANGGUNGJAWAB DILAKSANAKAN OLEH STAF/PEKERJA

3.     AKAUNTABILITI
·       Harapan dan jangkaan seseorang diberi penghargaan atau dipersalahkan atas hasil kerja yang dicapai.
·       Pekerja yang diberi autoriti adalah  bertanggungjawab ke atas sebarang hasil atau   kesan daripada tindakan berdasarkan autoriti tersebut.
·       AKAUNTABILITI MERUJUK KEPADA KEBERTANGGUNGJAWABAN, MAKSUDNYA SIAPA YANG AKAN MENGAMBIL TANGGUNGGJAWAB SEKIRANYA BERLAKU SESUATU MASALAH DLAAM ORGANISASI, CONTOHNYA:
o   PEKERJA PONTENG-SIAPA YANG AKAN AMBIL TINDAKAN DAN AKAN DIPERSALAHKAN SEKIRANYA PEKERJA TIDAK DIAMBIL TINDAKAN,

4.     PEMUSATAN DAN PEMENCARAN AUTORITI

PEMUSATAN AUTORITI

·       Autoriti ditumpukan kepada pihak pengurusan atasan.
·       Autoriti dan keputusan tertumpu pada peringkat atasan dan hanya sedikit sahaja autoriti membuat keputusan diberi kepada peringkat bawahan.
·       Aktiviti antara unit dikoordinasikan bagi mewujudkan keseragaman.
·       Contoh: Proses pembuatan keputusan banyak dibuat oleh ibu pejabat dan amat sedikit di cawangan.
·       TANYA PENGURUS- ADAKAH SEGALA PERMASALAHAN ATAU SEGALA PERKARA BERKAITAN SYKT MESTI DIRUJUK KEPADA PENGURUSAN ATASAN SAHAJA UNTUK DISELESAIKAN/DIBUAT KEPUTUSAN.

Kelebihan Pemusatan Autoriti

1.     Pengurusan atasan bertindak sebagai satu pasukan
·       Semua perlu mengikut arahan
·       Tiada persaingan jabatan

2.     Ketua mengetahui segala yang berlaku
·       Segala persetujuan perlu diperolehi dari seorang
·       Tindakan dapat memenuhi kehendak ketua

3.     Pembuat keputusan mengkordinasi sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan.
·       Staf lain boleh bekerjasama
·       Bekerja dalam satu matlamat yang jelas.

4.     Memudahkan pembuat keputusan melakukan kawalan
·       Semua staf perlu melakukan tugas mengikut arahan
·       Pembuat keputusan mengetahui kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dan standard yang perlu dicapai.

5.     Cepat membuat keputusan
·       Tidak melibatkan banyak pihak
·       Menjimatkan masa

PEMENCARAN AUTORITI

·       Autoriti diagihkan kepada semua pihak pengurusan.
·       Autoriti dan pembuatan keputusan diturunkan (didelegasikan) oleh pengurus atasan kepada pengurus bawahan.
·       Keputusan dapat dilakukan dengan cepat.
·       Pekerja lebih bermotivasi kerana terlibat dalam pembuatan keputusan.
·       Cth: Proses pembuatan keputusan banyak dibuat di peringkat cawangan.
·       SEKIRANYA SEGALA PERMASALAHAN TIDAK SEMESTINYA DIRUJUK PADA ATASAN SAHAJA, TANYA PENGURUS : ADAKAH PERMASALAHAN BOLEH JUGA DIRUJUK KEPADA PEKERJA YANG TELAH DIBERI AUTORITI/KUASA UNTUK BERBUAT DEMIKIAN. [INI DIKENALI SEBAGAI KUASA RUJUKAN]



5.     RANTAIAN ARAHAN

·       Autoriti dan tanggungjawab yang digambarkan dalam garisan tidak terputus dari pihak pengurusan atasan sehingga pihak pengurus bawahan dan staf.
·       Garisan autoriti yang menghubungkan individu dalam organisasi dan menggambarkan secara khusus siapa melapor kepada siapa.
·       Rantaian arahan memudahkan hubungan autoriti iaitu tanggungjawab antara pihak pengurusan dengan orang-orang bawahan dalam keseluruhan organisasi dapat diketahui dengan jelas.
·       SOALAN KEPADA PENGURUS: BAGAIMANAKAH SEGALA ARAHAN DITURUNKAN DARI PIHAK ATASAN KEPADA BAWAHAN/PEKERJA, ADAKAH:
o   MESTI MELALUI PENGURUS YANG DILANTIK
o   TERUS DARI PENGURUS ATASAN/PEMIMPIN TERTINGGI KEPADA PIHAK BAWAHAN/PEKERJA.