Khamis, 6 Februari 2014

SEM 2: NOTA PEMBANGUNAN INSAN(SULALATUS SALATIN)

Pembangunan Insan

Definisi  Pembangunan Insan
Cara atau kaedah untuk mengenal / mengkategorikan kemahiran dan kebolehan orang/individu dalam sesuatu bidang terutamanya dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
Pendekatan kemanusiaan bermaksud cara-cara mengurus yang menggunakan asas yang berkaitan sifat-sifat manusia yang baik.
Merujuk pada watak-watak yang ada dalam teks kajian (Sulalatus Salatin dan Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur) dan dikaitkan dengan calon/ pelajar  dalam konteks pembangunan

Keagamaan
Pelajar perlu: menghuraikan nilai Islam dan kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan sahsiah. Perkara-perkara yang menjadi pokok atas asas dalam hal-hal keagamaan seperti rukun iman dan rukun Islam dalam agama Islam. Terjemahan amalan agama yang lahir dari rukun Iman dan Islam adalah seperti berikut:

1. Amanah:
Amanah adalah satu hak yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang samada tanggungjawab itu milik Allah (hak Allah) mahupun hak manusia (hak insan) baik berupa pekerjaan mahupun perkataan dan pekerjaan hati.
Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar.

2. Ikhlas
hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan
Ikhlas berkait dengan redha. Redha ialah menerima dengan rasa tenang tanpa ada rasa kecewa atau tertekan dengan apa yang diberikan oleh Allah kepada  kita baik berupa hukum dan peraturan qadha' mahupun sesuatu ketentuan daripadaNya. Sebenarnya, sifat redha ini adalah daripada sifat makrifah serta mahabbah kita kepada Allah Taala untuk mendekatkan lagi diri kita kepadaNya. 

3. Dedikasi
pengorbanan tenaga (masa dll) utk sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan:

Tekun pula bermakna sungguh-sungguh (bekerja, bela­jar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu).


Kesungguhan pula adalah perihal (sikap dsb) sungguh­-sungguh, kebulatan hati, minat serta kete­kunan (melakukan sesuatu), ketulusan: ia mendengarnya dgn penuh ~; satu persoalan yg dapat kita lihat amat relevan sekarang ialah ketegasan dan ~ kerajaan dlm usaha­nya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu;

4. Tanggungjawab
sesuatu (spt kerja, tugas) yg mesti dilakukan; kewajipan:
keadaan wajib menanggung segala sesuatunya (kalau terjadi apa-apa boleh dituntut, dipersalahkan, diperkarakan, dsb): pemogokan itu menjadi -- pemimpin serikat buruh; 2 Huk fungsi menerima pembebanan, sbg akibat sikap pihak sendiri atau pihak lain; 

1. sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan  2. tugas (tanggungjawab) yg harus dilakukan atas perintah

5. Sederhana
 bersahaja; tidak berlebih-lebihan: hidupnya selalu --; 2 sedang (dl arti pertengahan, tidak tinggi, tidak rendah, dsb): harga --; 3 tidak banyak seluk-beluknya (kesulitan dsb); tidak banyak pernik; lugas: ia menerangkan dng kalimat-kalimat yg --; 

6. Bekerjasama

1.      kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong: ~ antara semua pihak yg terlibat amat perlu utk menjayakan projek ini; 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama: jabatan itu dapat bergerak dgn licin hanya jika ada ~ dr pihak orang ramai; seseorang ketua memerlukan ~ drpd orang-orang bawahannya supaya segala yg diselenggarakan berhasil; syarikat ~ syarikat yg dikendalikan bersama oleh ahli-­ahlinya (dgn cara saling membantu, menyum­bang, dsb) utk faedah bersama; bekerjasama bekerja (berbuat sesuatu) bersama-sama atau dgn cara saling membantu (menyumbang dsb), bergotong-royong: mereka tidak dapat membuat satu-satu kerja dgn sempurna kalau tidak dgn ~.

7. Berbudi mulia
1. mempunyai budi. 2. bijaksana, berakal. 3. berkelakuan baik; sopan. 4. murah hati; baik hati.

bahasa tingkah laku dan tutur kata; tingkah laku dan kesopanan; -- bicaraakal budi; --pekerti tingkah laku; perangai; akhlak; 

Berbudi mulia juga boleh dikaitkan dengan perkataan berhemah iaitu budi pekerti (yg mulia) atau  tingkah laku (yg baik

8. Bersih
Tidak kotor: pakaiannya sentiasa ~; 2. bebas drpd pencemaran udara dll, tidak mengandungi unsur-unsur dsb yg boleh (dapat) merosakkan atau mengganggu kesihatan: menyedut udara ~ di kawasan pergunungan; meminum air yg ~; 3. ki jujur dan ikhlas, suci, murni: hati yg ~; 4. ki bebas drpd amalan yg tidak baik (spt rasuah, penyelewengan, dsb): mewujudkan sebuah kerajaan yg ~, cekap, dan amanah; 5. ki bebas drpd anasir yg tidak baik (spt pengaruh, tuduhan, dsb): ~ drpd pengaruh budaya kuning; ~ drpd tuduhan menerima rasuah; 6. (bkn pendapatan, keuntungan, dsb) yg tinggal setelah ditolak cukai (hutang, kerugian, dsb): keuntungan ~; membersihkan 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah;kebersihan 1. keadaan bersih (tidak kotor): menjaga ~ sekolah; 2. perihalbersih (udara, air): ~ udara yg menyihatkan badan; 3. perihal bersih (hati), kesucian, kemurnian: ~ hati nurani;pembersihan 1. perbuatan membersihkan: ~ kawasan yg dilanda banjir; 2. perbuatan membersihkan (drpd pencemaran udara dll): ~ udara; 3. perbuatan membersihkan (hati), penyucian: ~ jiwa dgn cara bertapa; 4. perbuatan (tindakan, gerakan, dsb) membersihkan (anasir yg tidak baik): gerakan ~ di kawasan-kawasan yg disyaki menjadi sarang komunis;pembersih 1. orang (alat) yg membersihkan sesuatu: ~ udara; 2. (orang yg sifatnya) suka dan sentiasa menjaga kebersihan: dia memang ~ orangnya.

9. Berdisiplin
1. latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pd tatatertib: ~ ketenteraan yg ketat; 2. peraturan yg ditetapkan utk melatih sese­orang supaya berkelakuan baik: guru besar akan mengambil tindakan terhadap pelajar yg melanggar ~; 3. kepatuhan kpd peraturan yg telah ditetapkan: mereka sentiasa me­nunjukkan ~ yg baik utk menjaga nama baik sekolah mereka; 4. hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yg di­tetapkan: tindakan ~ akan dikenakan ter­hadap pemandu bas yg tidak cermat; 5. bidang atau lapangan kajian: fonemik adalah satu ~ dlm bidang linguistik; berdisiplin patuh (taat) pd (peraturan dll): tentera meriam Portugis yg ~ itu berjaya memusnahkan askar Melaka; kejayaan se­suatu usaha yg dilakukan bergantung pd kum­pulan pekerja yg cekap, berdedikasi dan ~; mendisiplinkan membuat supaya ber­disiplin: ibu bapa dan guru-guru ber­tanggungjawab ~ kanak-kanak; pendisiplinan perbuatan mendisiplinkan: ~ penulis kpd tatasusila kepujanggaan; pendisiplin orang (biasanya yg ada kuasa) yg mendisiplinkan orang lain: menggunakan kekuasaan sbg ~ bagi seseorang.

10. Tekun
sungguh-sungguh (bekerja, bela­jar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu).

11. Bersyukur
1 terima kasih (kpd Tuhan): Dia mengucapkan beribu-ribu ~ kpd Tuhan yg telah menyelamatkan keluarganya. 2 beruntung; bernasib baik; mujur: Saya berasa ~ dpt bertemu dgn datuk. bersyukur berasa syukur; berterima kasih: Aku ~ kpd Tuhan. mensyukuri mengucapkan syukur terhadap: ~ nikmat Allah. kesyukuran hal atau rasa syukur.


Ilmu
Pelajar perlu : menerangkan kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap insan.

Aktiviti pelajar ialah mini syarahan tentang tajuk-tajuk kepentingan ilmu berikut.

1.  Membangunkan modal insan pada masa hadapan.
Orang berilmu adalah sebahagian sumber tenaga manusia yang bernilai tinggi. Mungkin proses menuntut ilmu memerlukan belanja yang besar tetapi ia adalah satu pelaburan penting. Golongan berilmu akan mampu menjadi golongan pemikir dan perancang kepada sesuatu program dan tugas. Rahim, anak encik Muhammad telah dihantar belajar ke luar negeri kerana dia adalah aset penting pada masa hadapan. Akhirnya dia telah berjaya dalam pelajaran dan pulang untuk memberi sumbangan yang baik kepada perniagaan ayahnya. Sekiranya beliau tidak dihantar belajar, mungkin dirinya akan menjadi beban kepada keluarga dan tidak mungkin dapat membantu keluarga. Begitu juga apa yang terjadi ke atas rakannya Robert.

Begitu juga dalam sejarah melayu, Maulana Abu Bakar telah mengajar ramai orang termasuk Sultan Melaka.
Sultan Mahmud telah diajar supaya mengormati guru dan menjadi manusia yang sentiasa merendah diri (tawaduk). Baginda diminta datang sebagai seorang murid dan bukannya seorang sultan. Jika Maulana Abu Bakar tidak bertindak demikian sudah tentu beliau akan mempunyai masalah untuk menyampaikan ilmu. Seterusnya tidak mampu melahirkan modal insan yang baik pada masa hadapan. Apabila ilmu sudah diterapkan dan diamalkan dengan sendirinya akhlak manusia akan semakin baik dan mereka akan menjadi insan berguna termasuklah para pemimpin.
  
2. Keluar dari kepompong kemiskinan.
Manusia yang mempunyai ilmu biasanya mampu berfikir dengan baik.  Mereka mampu merancang kehidupan dan bijak menggunakan akal untuk mencari rezeki. Segala kegiatan mencari rezeki dapat dilaksanakan dengan baik samada dalam bidang pertanian, perniagaan, perusahaan dan lain-lain. Orang yang berilmu mampu merancang perolehan rezeki masing-masing samada untuk kegunaan perbelanjaan, pelaburan dan simpanan.

Encik Mohamamad dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur adalah contoh terbaik insan berilmu yang hebat kerana beliau menggunakan ilmu untuk menjadi seorang yang berharta. Beliau berjaya mengembangkan ilmu perniagaan.

3. Membuka peluang  pekerjaan ( Perjawatan)
Golongan yang menuntut ilmu mampu mencari rezeki samada secara berdikari ataupun menjawat jawatan berdasarkan kelulusan yang mereka perolehi. 
-          Imam Saad berilmu agama dan mampu menjawat jawatan imam
-          Encik Mohammad mampu mengembangkan perniagaan.

4. Melahirkan insan yang  bermoral/ beriman/bertanggungjawab /amanah.
Keilmuan yang tinggi akan membentuk insan yang bermoral dan mempunyai maruah tinggi.
Sebaliknya…..jika tidak berilmu…….

- Dihormati dan disanjungi
Keilmuan seseorang menyebabkan diri seseorang dihormati dan disanjung tinggi. Lebai Maarup disanjung tinggi kerana ketinggian ilmu.

2  Jati diri
Pelajar perlu : mengenal pasti jati diri mulia dalam konteks pembangunan masyarakat.
Definisi/konsep
Adalah sifat keperibadian atau ciri unik, utuh dan istemewa dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau bangsa.
Terjemahan bahasa Inggeris bagi “Jati Diri” ialah “identity”

- Amanah/Jujur
- Bijak
- Cergas
- Dedikasi
- Bertanggungjawab
- Berdikari
- Telus
- Elok peribadi
- Gigih
- Motivasi tinggi
- Beriman

3   Kemanusiaan
Pelajar perlu: menganalisis nilai kemanusiaan yang terdapat dalam masyarakat.
Definisi kemanusiaan : nilai-nilai yang tegak berdasarkan penghormatan terhadap hak-hak asasi dan kemuliaan manusia. Baik kebebasan dan kemerdekaannya, nama baik
- Simpati
- Hormat
- Bersopan
- Kasih sayang
- Mengkagumi
- Belas kasihan
- Prihatin- ambil berat
- Bertimbang rasa
- Insaf


Tiada ulasan:

Catat Ulasan