PENGENALAN
a. "Sulalatus Salatin" (nama dalam bahasa Arab).
b. Nama lain ialah SEJARAH MELAYU lebih popular.
c. Sulalatus Salatin bermaksud "Salasilah Sultan-sultan" atau Peraturan Segala Raja-raja.
d. Naskhah asal Sulalatus Salatin -» dipercayai Hikayat Melayu yang dibawa dari Goa.
e. Dipercayai naskhah awal tamat penulisannya sebelum tahun Masihi 1536. Disusun semula pada tahun 1612.

1.2
KEPENGARANGAN SULALATUS SALATIN
KEPENGARANGAN
Nama asal Sulalatus Salatin ialah Hikayat Melayu. Sulalatus Salatin juga dikenalai sebagai Sejarah Melayu. Naskhah Hikayat Melayu dibawa ke Johor dari Goa. Dipercayai penulisan Hikayat Melayu berakhir pada sebelum tahun 1536 Masihi. Setelah dibawa ke Johor, naskhah ini disusun semula pada tahun 1612 oleh Tun Muhammad, Bendahara Johor seawktu pemerintahan Sultan Ala'ud-Din Riayat Syah III yang memerintahan di Pekan Tua, Batu Sawar, Johor. Nama timang-timangan Tun Muhammad ialah Tun Seri Lanang.
Berdasarkan isi kandungan Sulalatus Salatin,menampakkan pengarangnya sebagai seorang intelek Melayu yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu. Selain itu pengarang amat berminatt membaca naskhah sastera dan sejarah tertua seperti Hikayat Iskandar Zul- karnain, dan Hikayat Raja-Raja Pasai.Selain itu pengarang Sulalatus Salatin turut berminat membaca berbagai-bagai hikayat daripada kesusasteraan asing yang diterap dari kesusasteraan Hindu. Sebagai contoh pengarang dapat menggarap secara terperinci unsur-unsur sastera Hindu ketika mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke negeri bawah laut dankisah di Bukit Si Guntang Mahamiru. Pengarang juga turut mengaitkan binatang Suci Hindu iaitu lembu putih.
Pengarang turut terpengaruh dengan kesusasteraan Jawa seperti cerita Panji dan Cerita Damar Wulan. Contoh-contoh dari hasil sastera Jawa dapat dilihat melalui gambaran peristiwa utusan Melaka pergi ke Majapahit seterusnya peristiwa peminangan Puteri Galuh Cendera Kirana. Dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, dikaitkan pula dengan permintaan mas kahwin yang luar biasa.
Pengarang begitu mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi dan Arab. Hal ini jelas dilihat dari sudut pendahuluan teksyang ada gaya masnawi. Terdapat juga pembahagian bab-bab pada cetera yang disampaikan. Selain itu dimasukkan petikan syair dan bidalan Arab juga termasuklah menyelitkan ayat-ayat al-Quran. Jika dikaji lebih mendalam terdapat juga struktur penulisany ang mirip gaya khutbah, di samping
penggunaan kalimah-kalimah Arab yang ketara.
Pengarang Sulalatus Salatin merupakan seorang yang kreatif dan artistik kerana dapat menampilkan teks tersebut dalam bentuk yang sangat menarik dan indah dari segi persembahannya. Pengarang berupaya melukis segala kisah atau gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Beliau juga dapat menceritakan sesuatu episod dengan nyata dan jelas sehingga berjaya mengusik perasaan sama ada sedih,
menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira. Contohnya peristiwa peperangan digambarkan dengan penuh suasana ngeri dan ganas.
Perasaan marah yang tidak terkawal dapat dibayangkan dengan kata-kata yang diucapkan, contohnya:
"Dipertidaknya lelaki kita oleh Betara Majapahit itu, kita dikirimNya subang."
Pengarang juga berjaya memberikan pembaca gambaran yang berkesan dalam menceritakan kebesaran kerajaan China. Kebolehan pengarang seterusnya ialah berkebolehan menceritakan sesuatu peristiwa dengan penghayatan mendalam, contohnya menggambarkan peristiwa tragedi pembunuhan Tun Besar dan tragedi pembunuhan Bendahara Seri Maharaja
Pengarang turut berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun Mai Ulat Bulu, Seri Bija Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan lain-lain.Selain itu pengarang berjaya menerapkan gaya bahasa indah, menarik dan bermutu tinggi, di samping menggunakan pelbagai teknik bercerita seperti teknik dialog, monolog dan monolog dalaman, menyelitkan pantun, syair dan bidalan Arab yang menimbulkan kesan keindahan dan menarik ketika membaca teks tersebut.

1.4
ISI KANDUNGAN SULALATUS SALATIN
Isi Kandungan Sulalatus Salatin
Sulalatus Salatin mengandung peristiwa yang berasaskan fakta-fakta sejarah seperti kisah raja-raja memerintah Melaka. Contohnya peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman pemerinthan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Ri'ayat Syah, Sultan Mahmud Syah dan lain-lain.
Turut dimuatkan ialah kisah perhubungan luar Melaka dengan negara-negara jiran dan negara-negara
luar seperti hubungan Melaka dengan Negeri Siam, Benua China, Benua Keling, Pasai, Pahang dan lain-lain.
Sulalatus Salatin juga memaparkan kisah-kisah peperangan dan penaklukan.Contohnya penaklukan Melaka ke atas Siak, Kampar, Pahang dan lain-lain, serta kedatangan Peringgi dan penguasaannya ke atas Melaka.
Selain itu Sulalatus Salatin turut mengaitkan peristiwa-peristiwa yang bersifat fiksyen dan mitos. Contohnya seperti kisah Raja Suran turun ke negeri bawah laut yang bernama Dika; dan juga kisah-kisah di Bukit Si Guntang.
Selain itu terdapat juga kisah-kisah mitos seperti mitos pembukaan tempat dan negeri, seperti pembukaan Pasai, Singapura dan Melaka; mitos kemasukan Islam di Melaka, dan mitos peminangan Puteri Gunung Ledang.
Sulalatus Salatin tidak ketinggalan memuatkan kisah tokoh-tokoh yang dianggap legenda seperti Badang, Hang Tuah, Tun Perak dan lain-lain.

3
ASPEK KETATANEGARAAN
ASPEK KETATANEGARAAN
Takrif ketatanegaraan
Ketatanegaraan berasal dan perkataan tatanegara yang bermaksud, "aturan dan susunan negara." (Zainul Abidin Safuwan, Kamus Bahasa Melayu Utusan, Utusan Pub. Dist. hlm 1383)
Manakala Kamus Dewan memberi makna tatanegara itu sebagai "susunan dan bentuk pemerintahan negara dan ketatanegaraan pula bermakna, hal yang berkaitan dengan tatanegara seperti politik dan lain-Iain lagi. "( Kamus Dewan, DBP, hlm 1383)
KONSEP RAJA
Raja merupakan orang dan institusi terpenting dalam sebuah pemerintahan. Raja orang yang sangat, mulia dan mempunyai berbagai-bagai kelebihan. Pengarang Sulalatus Salatin meletakkan raja setaraf dengan nabi dan sebagai pengganti Allah di muka bumi (wasiat Bendahara Paduka Raja Tun Perak)
Raja berkuasa mutlak dan menjadi penghubung antara rakyat dengan roh nenek moyang.
Konsep raja berkait rapat dengan keagamaan. Ini bertujuan memperkuatkan kepercayaan rakyat terhadap kebesaran dan kemuliaan raja. Sulalatus Salatin mengaitkan keturunan raja dengan Iskandar Zulkarnain , keturunan raja yang agung dalam sejarah dunia.
Raja mempunyai sifat mulia dan luar biasa yang dikaitkan dengan cerita mitos, misalnya keturunan Raja Suran di Bukit Si Guntang.
Raja memiliki "daulat". Kebolehan luar biasa dikaitkan dengan daulat, contoh daulat raja-raja Melayu dalam Sulalatus Salatin, misalnya;Seri Teri Buana boleh menawarkan air masin.
Raja China pula mendapat penyakit kedal setelah menerima surat sembah raja Sultan Mansur Syah Melaka. Penyakit itu hanya boleh diubati dengan cara Raja China mesti minum air basuh kaki raja Melaka.
Sang Rajuna Tapa yang belot kepada Raja Singapura mendapat tulah iaitu suami isteri menjadi batu.
KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
Konsep ini berkait rapat dengan unsur keagamaan dan kepercayaan rakyat meyakini sesiapa derhaka kepada raja akan mendapat balasan di akhirat.
Kewujudan konsep 'daulat dan derhaka' terhasil daripada waadat antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana. Peristiwa waadat ialah manifestasi pengakuan rakyat akan kedaulatan raja dan rakyat tidak boleh derhaka kepada raja walau dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak tidak membenarkan anak buahnya bertindak balas ke atas Raja Muhammad walaupun anaknya (Tun Besar) dibunuh. Bendahara Seri Maharaja pula tidak menentang hukuman bunuh yang dititahkan Sultan Mahmud Syah walaupun beliau tidak bersalah. Bendahara lebih rela dibunuh daripada menderhaka kepada rajanya.
Kedudukan raja diperkukuhkan lagi dengan alat- alat kebesaran dan peraturan-peraturan, larangan-larangan yang dikenakan dalam hubungan raja-rakyat.
KONSEP KERAJAAN
Konsep kerajaan dalam konteks Melayu merujuk kepada "satu organisasi besar yang dipimpin oleh, raja dan pembesar-pembesar dalam menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat bagi sesebuah negeri dan jajahan takluknya." (Harun Daud, hlm. 95)
Kewujudan kerajaan disahkan lagi dengan adanya alat kebesaran kerajaan sebagai bukti kuasa raja yang memerintah.Ketiga-tiga putera Raja Suran yang turun di Bukit Si Guntang Mahamiru turut membawa bersama alat kebesaran kerajaan seperti mahkota, pedang, curik dan lembing serta cap kempa.Setiap kerajaan Melayu memiliki alat-alat kebesaran diraja yang tersendiri.
KONSEP NEGERI
Konsep negeri bagi Melaka ialah "bukan sahaja terdiri dari Melaka. malah semua negeri atau jajahan takluknya." (Harun Daud. hlm 97)
Hubungan antara raja dan rakyat terjamin melalui undang-undang dan larangan. Fungsi undang- undang dan larangan untuk keamanan dan mengekalkan taat setia rakyat kepada pemerintah.Raja memerlukan negeri untuk membentuk kerajaan. Tempat-tempat yang dibuka dijadikan negeri biasanya tempat yang strategik dan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Pembukaan sesebuah negeri dikaitkan dengan unsur mitos untuk menunjukkan bahawa tempat yang dibuka itu membawa "tuah" atau kelebihan yang tersendiri.
SISTEM PEMERINTAHAN
Masyarakat Melayu tradisional khasnya Melaka mengamalkan sistem pemerintahan beraja secara mutlak. Yang dimaksudkan secara mutlak ini ialah raja berkuasa sepenuhnya. Raja menduduki strata paling tinggi dan mempunyai kuasa autoriti, kuasa penuh ke atas rakyat dan berkuasa penuh dalam urusan kerajaan.
Raja merupakan golongan yang merintah dan rakyat merupakan golongan yang diperintah. Persetujuan ini hasil dari waadat antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun.
Kedudukan raja tidak boleh diganggu gugat. Raja boleh berbuat apa sahaja dan tidak boleh dibantah, misalnya dalam menjatuhkan hukuman mati.
Pengganti raja ditentukan oleh raja pemerintah. Bianya mengikut keturunan sebelah ayah. Selain itu raja ditentukan pelantikannya melalui wasiat, misalnya perlantikan Sultan Mahmud Syah sebagai ganti memerintah dari wasiat ayahandanya Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Pemerintahan negeri dibantu oleh pembesar- pembesar negeri melaksanakan perintah raja.Hubungan raja dan pembesar sangat erat dan kadang-kadang wujud pertalian darah misalnya puteri Bendahara dikahwini oleh sultan. Pembesar memainkan peranan utama dalam kerajaan Melayu Melaka seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari dan Syahbandar. Pembesar negeri dilantik oleh raja. Tugas dan kedudukan pembesar mengikut bidang tugas masing-masing;
KECEMERLANGAN DAN KEMALAPAN KUASA POLITIK
Kuasa politik Melaka melalui empat tahap perkembangan. Tahap pertama meliputi tahap pembukaan Melaka semasa pemerintahan Raja Iskandar Syah, Raja Besar Muda dan Raja Tengah .
Pada tahap kedua ianya meliputi maman pengukuhan kerajaan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah dan Sultan Abu Syahid. Manakala tahap ketiga iaitu zaman kegemilangan Melaka yang berlangsung pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Tahap empat merupakan zaman kejatuhan Melaka yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Pembukaan Melaka
Sulalatus Salatin menceritakan Melaka dibuka oleh Raja Iskandar Syah yang lari dari Singapura. Pembukaan Melaka dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar Syah melihat kejadian aneh iaitu seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai. Ketika kejadian Raja Iskandar Syah menyandar di bawah sepohon pokok bernama Melaka. Melaka mula bertapak sebagai kuasa politik yang kuat dan disegani yang dilihat pada kejayaan Melaka mengatasi ancaman daripada Siam.
Tahap Kegemilangan
Puncak kegemilangandan kejayaan Melaka dicapai pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Melaka berperanan sebagai empayar Melayu yang kuat dan besar. Melaka muncul sebagai pusat perdagangan, pusat persinggahan timur dan barat dan pusat pengembangan Islam dan hasil-hasil kesusasteraan Melayu dan Islam di kepulauan Melayu.
Kegemilangan Melaka dikaitkan dengan kewibawaan pembesar-pembesar negeri yang berjaya mentadbir Melaka dengan penuh kebijaksanaan. Ketika ini Melaka melaksanakan dasar perluasan tanah jajahan dan berjaya menakluki Pahang. Keturunan raja Melaka memerintah Pahang misalnya Raja Muhammad. Melaka juga menakluki Inderagiri, Jambi, Siantan, Kampar dan Siak, Haru, Manjong dan Beruas, Kelantan dan Terengganu.
Tahap Kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka mulai mengalami zaman kejatuhan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Faktor kejatuhan Melaka berkait rapat dengan corak pemerintahan baginda yang lemah.Sultan Mahmud mementingkan hawa nafsu lebih daripada kepentingan negara dan rakyat. Sultan Mahmud Syah dianggap gila perempuan.
Sultan Mahmud juga bersifat kejam dan gemar menjatuhkan hukuman bunuh tanpa usul periksa. Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang kerana menghalang hajatnya pada Tun Dewi dan membunuh Bendahara Seri Maharaja kerana Bendahara tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud, amalan rasuah berluasa di kalangan pembesar negeri. Misalnya pengikut- pengikut Tun Hassan Temenggung terima rasuah daripada pekedai-pekedai. Saudagar-saudagar memberi persembahan harta benda kepada pembesar untuk tujuan- tujuan tertentu. Selain itu amalan fitnah memfitnah, hasad dengki dan dendam berluasa. Semuanya berpunca kerana meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan kerajaan dan negeri.
Akhirnya kejatuhan Melaka dimuktamadkan dengan serangan dan penaklukan oleh Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Albuquuerque.

1.3
TUJUAN PENULISAN
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ditulis dengan tujuan untuk mengangkat kedudukan dan sejarah silam raja-raja Melaka. Selain itu ia dihasilkan untuk mengangungkan kebesaran dan kecemerlangan raja-raja dan kerajaan Melaka.
Tujuan seterusnya ialah untuk menggambarkan kebesaran sebuah dinasti raja-raja Melayu yang bermula dari zaman Raja Iskandar Syah di awal abad ke-15 hinggalah zaman pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah III di awal abad ke-17.
Sulalatus Salatin juga dihasilkan untuk kegunaan istana (istana centric) dan kegunaan orang-orang bangsawan Melayu sebagai rujukan pada masa akan datang.
Sulalatus Salatin juga dijadikan satu wadah merakamkan kebesaran, ketinggian dan kegemilangan sesebuah negara kota atau kerajaan Melayu seperti kerajaan Pasai, dan Singapura selain Melaka. Selain itu untuk memperlihatkan kepada bangsa lain akan kebesaran bangsa Melayu itu sendiri.
3.1
Pembesar Melaka
Pembesar Melaka
Bendahara
Bendahara merupakan pembesar negeri yang paling kanan yang menjadi ketua penasihat kepada sultan. Bendahara bertindak sebagai pemangku sultan sekiranya sultan masih kecil. Misalnya Bendahara Paduka Raja Tun Perak menjalankan pemerintahan sewaktu Sultan Mahmud Syah kecil.
Bendahara kerkuasa menyelesaikan masalah tertentu tanpa merujuk kepada sultan. Misalnya Bendahara Seri Maharaja menyelesaikan perselisihan antara Raja Mendaliar dengan Nina Sura Dewana.
Bendahara juga berkuasa memberi arahan tanpa perintah raja. Selain itu bendahara bertindak sebagai pemimpin tentera dalam peperangan.
Bendahara berkuasa dan berpengaruh dalam melantik dan memilih pengganti sultan. Bendahara Paduka Raja Tun Perak enggan menyembah Raja Muhammad (Raja Muda) setelah tragedi pembunuhan Tun Besar menyebabkan Sultan Mansur Syah terpaksa "mengalah" dan menyingkirkan Raja Muhammad dari takhta Melaka dan dirajakan di Pahang.
Kedudukan Bendahara hampir setaraf dengan raja. Kebesarannya jelas dilihat sewaktu raja mengadakan majlis-majlis jamuan istana. Hanya Bendahara yang layak makan sehidangan dengan anak raja.
Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari bertanggungjawab sebagai Bendahari Raja. Bidang tugasnya memungut hasil negeri terrnasuk yang dipungut oleh syahbandar.
Penghulu Bendahari juga menyimpan daftar bilangan hamba selain mengurus kelengkapan dalam istana, misalnya menyuruh penghulu balai menghiasi balai, membentang tikar, menggantung tabir dan langit-iangit.
Selain itu Penghulu Bendahari memegang usungan di sebelah kanan apabila raja berangkat secara berusungan pada hari raya.
Gelaran untuk Penghulu Bendahari ialah Seri Nara Diraja.
Temenggung
Temenggung bertanggungjawab atas pelaksanaan undang- undang dan peraturan negeri terutama mengenai keselamatan. Temenggung menangkap orang bersalah dan menjalankan hukuman.
Temenggung melaksanakan kawalan dalam negeri. Perkara ini dilihat jelas pada waktu Melaka diancam oleh pencuri-pencuri sewaktu pemerintahan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah.
Temenggung bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan protokol seperti dalam majlis mengatur tempat duduk pembesar-pembesar negeri mengikut status masing--masing.
Temenggung turut mengepalai gajah ketika raja berangkat menaiki gajah.
Syahbandar
Syahbandar dianggap sebagai raja segala dagang. Syahbandar bertanggungjawab atas segala urusan di Kuala seperti nemeriksa perahu yang masuk dan keluar. Selain itu tugas Syahbandar
menyelia pedagang-pedagang yang menurunkan barang-oarang dari kapal dan memungut cukai daripada pedagang- pedagang.
Laksamana
Laksamana dilantik daripada keturunan hulubalang. Laksamana bertanggungjawab menjaga negeri daripada ancaman baik di laut mahupun di darat. Contohnya, Hang Tuah menghalang Semerluki dari Makasar yang datang merosakkan tanah jajahan Melaka.
Laksamana juga memikul pedang kerajaan dalam istiadat rasmi. Sulalatus Salatin menceritakan bagaimana Hang Tuah diberi pengiktirafan yang begitu tinggi setelah berjasa kepada raja dengan membunuh Hang Jebat yang menderhaka.
Selain itu Laksamana akan memikul pedang kerajaan di bahagian belakang gajah ketika raja bergajah. Laksamana turut hadir bersama Temenggung ketika Bendahara membicarakan orang.
Laksamana juga bertugas menjaga keselamatan dan maruah Bendahara sekiranya ada yang menghina atau berlaku biadap terhadap Bendahara. Misalnya Laksamana Khoja Hassan tidak teragak-agak membunuh Tun Perpatih Hitam yang berkelakuan kurang sopan iaitu menguis tikar dengan kaki di hadapan Bendahara Seri Maharaja. Laksamana juga bertugas sebagai pengawal istana.

Sejarah
Melayu : Singapura Dilanggar Todak
PENGENALAN
Karya klasik ‘Singapura dilanggar todak’
terkandung dalam teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang telah dikarang
oleh Tun Seri Lanang dalam bab empat , halaman 67. Kisahnya bermula semasa Tuan
Jana Khatib yang merupakan seorang yang mahir dalam ilmu agama telah datang ke
Singapura. Di Singapura, Tuan Jana Khatib berjalan di pekan Singapura
sehinggalah ke pintu peranginan raja. Di situ, Tuan Jana Khatib telah menilik
atau merenung pohon pinang sehingga pohon itu terbelah dua dan kejadian itu
berlaku di hadapan permaisuri raja. Raja telah menitahkan hukuman bunuh keatas
Tuan Jana Khatib kerana menganggap Tuan Jana Khatib sengaja ingin
menunjuk-nunjuk kebolehannya di hadapan permaisuri. Beberapa lama kemudian,
Singapura menerima bencana besar iaitu bencana serangan todak. Ramai rakyat
jelata telah terkorban. Nyawa rakyat terus melayang apabila Paduka Seri
Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkotakan betis. Kemudian datang
seorang budak yang pintar mencadangkan agar mereka berkotakan batang pisang. Akhirnya
berkat cadangan bernas budak pintar tersebut, serangan todak telah berakhir.
Tetapi budak tersebut telah dijatuhi hukuman bunuh akibat hasutan para pembesar
terhadap raja yang tidak berfikir panjang tentang kebijaksanaannya yang di
khuatiri akan menggugat raja apabila dia besar kelak.
Petikan Sulalatus Salatin : Singapura
Dilanggar Todak
Maka dipandangnya di pintu peranginan
raja itu, ada seorang perempuan dilindungi oleh pohon pinang gading; oleh Tuan
Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua. Setelah dilihat oleh Paduka
Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun terlalu murka; titah baginda,
“Lihatlah kelakuan Tuan Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada dipintu maka
ia menunjukkan ilmunya.” Maka disuruh baginda bunuh; Tuan Jana Khatib pun
dibawa orang akan dibunuh, hampir ujung negeri tempat orang membuat bikang; di
sanalah ia ditikam orang. Maka titik darahnya setitik, badannya pun ghaiblah.
Orang yang membunuh itu pun kembalilah, dipersembahkannya kepada raja. Maka
oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tuan Jana Khatib yang titik itu
ditutupnya dengan bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu pun
menjadi kayalah dari harga bikangnnya; tutup bikang itu pun menjadi batu, ada
sekarang di Singapura. Ada diceriterakan orang, badan Tuan Jana Khatib itu
terhantar di Lengkawi, ditanamkan orang disana. Inilah dibuat orang pantun:
Telur itik dari Singgora,
Telur itik dari Singgora,
Pandan tersandar di batang tui;
Darahnya titik di Singapura,
Badan terhantar di lengkawi.
Hatta tiada berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu keparit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilompati todak itu; barang yang kena terus-menerus olehnya. Maka gempalah orang berlari-larian ke sana kemari, semuanya mengatakan, “Todak datang menyerang kita; banyaklah sudah mati ditikamnya.” Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati.
Syahadan pada antara itu, datanglah
seorang budak berkata, “apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri
kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?” setelah didengar Paduka
Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, “Benar seperti kata budak
itu,” maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota.
Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang
melompat itu lekatlah jongornya, tercacak kepada batang pisang itu; dibunuh
oranglah bertimbun-timbun di pantai itu, hingga tiadalah termakan lagi oleh
segala rakyat. Maka todak itu pun tiadalah melompat lagi. Pada suatu ceritera
pada masa todak itu melompat, datang ke atas gajah Paduka Seri Maharaja, kena
baju baginda; maka diperbuat orang seloka:
Carek baju dilompati todak,
Baharu menurut kata budak.
Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah Orang Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.” Maka titih raja, “Benarlah kata tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!”
Ulasan Teks
Dalam kisah ‘Singapura Dilanggar Todak’, persoalan yang jelas terkandung di dalamnya dari sudut falsafah ialah mengenai ketaatan dan kesetiaan terhadap tanggungjawab dua golongan utama pada waktu itu iaitu golongan pemerintah dan rakyat biasa. Rakyat jelata ialah golongan manusia yang dipimpin dan diperintah oleh sebuah institusi tertinggi di dalam sesebuah negeri, daerah atau jajahan. Golongan pemimpin pada waktu itu terdiri daripada para pembesar dan golongan bangsawan atau darah keturunan raja. Sesebuah negeri memerlukan satu jalinan yang amat akrab daripada kedua-dua golongan ini bagi membentuk sebuah kehidupan yang aman, stabil, dan harmoni.
Peristiwa todak yang telah membinasakan rakyat Singapura tersirat dengan persoalan dan falsafah ketaatan serta tanggungjawab rakyat dan pemerintah. Contohnya peristiwa di mana Tuan Jana Khatib dijatuhi hukuman bunuh oleh Paduka Seri Maharaja akibat dianggap sengaja menunjukkan ilmunya. Keputusan yang di buat oleh Paduka Seri Maharaja itu merupakan keputusan yang terburu-buru dimana dia tidak menggunakan pertimbangan akal yang sepenuhnya sebaliknya hanya menggunakan emosi semata-mata. Hal ini disebabkan dia tidak menyiasat terlebih dahulu perkara yang sebenar lalu terus membuat keputusan tanpa soal selidik. Perbuatan Tuan Jana Khatib yang merenung pohon pinang sehingga terbelah dua di hadapan permaisuri sebenarnya terdapat dua kemungkinan. Pertama, kemungkin benar dia ingin menunjukkan ilmunya dan yang kedua, mungkin itu adalah satu cara menjalankan tanggungjawabnya bagi mengajak rakyat singapura untuk mendalami ilmu agama Islam. Hal ini berikutan Tuan Jana Kathib merupakan orang cerdik pandai dan tinggi ilmunya dalam agama serta ilmu khayal lillah. Jelas kelihatan adalah sifat cemburu raja yang sepatutnya diketepikan bagi menjadi seorang pemimpin yang bijaksana menguruskan negerinya dengan penuh tanggungjawab supaya aman makmur. Musibah atas perbuatan pemerintah itu telah diterima dalam peristiwa serangan todak. Musibah yang diterima amat kukuh kerana pemerintah telah menzalimi dan menganiaya rakyatnya.
Perkara ini telah terkandung dalam perjanjian penting dikenali sebagai waad yang terkandung dalam teks Sejarah Melayu yang telah dipersetujui oleh Demang Lebar Daun (rakyat) dengan Seri Teri Buana (pemerintah) sebelum ini, dimana golongan rakyat tidak boleh menderhaka terhadap raja dan raja juga tidak boleh menghina dan menzalimi rakyatnya. Contohnya sebagai balasan, rakyat yang melanggar waad akan menerima balasan dan bencana daripada Allah, manakala raja yang melanggar waad akan diterbalikkan negerinya. Hal inilah yang amat memerlukan pemerintah dan rakyat menjalankan tanggungjawab mereka kapada negeri mereka yang tercinta dengan bijaksana. Segala perlakuan mereka haruslah didasari dengan akal dan pertimbangan yang waras.
Dalam waad ini, rakyat meminta raja
tidak berlaku zalim kepada mereka. Begitu juga dengan raja, yang meminta rakyat
tidak derhaka kepada raja walaupun raja berlaku zalim. Ini bermaksud kedua-dua
pihak tidak boleh sama sekali mederhaka, malah ketaatan adalah elemen
terpenting. Berbalik kepada kisah ‘Singapura Dilanggar Todak’, pelanggaran waad
telah dibuat oleh Paduka Seri Maharaja (pemerintah) terhadap Tuan Jana Khatib.
Paduka Seri Maharaja tidak wajar bertindak membunuh rakyat tanpa usul periksa
serta yang bertentangan dengan hukum syarak. Perkara ini bermakna pemerintah
telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketaatan terhadap perjanjian
dan pegangan serta amalan yang sepatutnya dijaga dan dihormati. Dari sudut
falsafah, Konsep waad ini sendiri sebenarnya mewajibkan rakyat dan pemerintah
supaya cinta terhadap kebijaksanaan malah mengamalkannya melalui kebaikan dalam
kehidupan seharian terhadap segala yang ada dalam alam semesta. Apatah lagi
tujuan seseorang dilahirkan ke dunia adalah sebagai wali Allah dan
bertanggungjawap untuk memakmurkan bumi Allah yang tercinta ini.
Waad melahirkan konsep “taat”, “derhaka”, “tulah,” dan “daulat.” Konsep-konsep ini telah menjadi pegangan masyarakat melayu tradisional sejak zaman Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana sehinggalah ke zaman kerajaan Melayu Singapura dan Melaka. Serangan todak yang melanda Singapura dianggap sebagai balasan atas pelanggaran perjanjian, dan kezaliman terhadap rakyat. Sewaktu berlakunya serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja telah mengarahkan penduduk menahan serangan todak tersebut menggunakan betis. Melalui tindakannya ini, dapat dilihat betapa ceteknya akal dan pemikiran pemerintah ketika itu. Mujurlah terdapat juga golongan rakyat yang pintar yang mempraktikkan dan mengamalkan ilmu serta kebijaksanaannya ke jalan yang sepatuttnya dengan penuh tanggungjawab, manfaat dan faedah.
Peranan ini dapat dilihat dalam watak budak pintar yang telah memberikan idea yang berjaya menyelamatkan negerinya yang tercinta. Dapat dilihat perwatakan budak pintar ini yang amat lurus dan taat terhadap pemerintahnya. Dia juga amat bertanggungjawap dalam melaksanakan peranannya sebagai rakyat dengan baik. Sikap taat dan setianya amat dituntut supaya menjadi ikutan dan teladan setiap rakyat pada waktu itu mahupun pada masa sekarang. Fakta ini jelas kerana selain sikap terpujinya itu, dia juga seorang yang berani. Sungguhpun dengan usia yang muda itu, budak pintar itu berani mengetengahkan ideanya tidak lain tidak bukan semata-mata untuk menyelamatkan negerinya tanpa terfikir akannya akibat atau apa-apa perkara negatif. Sikap si budak pintar ini amat berbeza sekali dengan Paduka Seri Maharaja yang mana bersikap membahayakan rakyat dengan menyuruh rakyat berkubukan betis bagi menghalang serangan todak. Bukan setakat itu, selain berfikiran cetek, Paduka Seri Maharaja juga mudah terpengaruh dengan pembesar yang iri hati dengan si budak pintar. Budi yang amat besar dibalas dengan kekejaman oleh para pemerintah. Terbuktilah sikap pemerintah pada masa itu yang amat tidak bertanggungjawap, mementingkan diri, dan tamak. Seharusnya masyarakat Melayu tinggi dengan segala budi, budi bahasa, budi pekerti, budi baik, dan sebagainya berkaitan budi kerana budi memang amat penting dan sinonim dengan masyarakat Melayu sehiggakan dibawa sampai mati. Kelihatan amat ketara bahawa Paduka Seri Maharaja dan orang bawahannya tidak menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat seperti mana yang sepatutnya.
Perbuatan menzalimi rakyat itu sendiri adalah salah dan bertentangan dengan agama Islam malah pemimpin yang gagal melaksanakan tanggungjawap serta menyalah gunakan kuasa adalah dikira berdosa. Pembunuhan budak pintar ini telah menimbulkan kesan kepiluan atau pathos. Perbuatan ini hanya memberi gambaran buruk terhadap pemerintah. Hakikatnya, apa yang diharapkan dan perlu ada dalam diri seseorang pemimpin adalah sikap-sikap terpuji dan nilai-nilai murni seperti penyayang, mengambil berat,bertolak ansur, saling membantu dan bekerjasama bagi memakmurkan organisasi dibawah lembayungnya. Sebelum memikul tanggungjawap ini lagi, seseorang pemimpin itu harus memikirkan akan kemampuannya dalam kepimpinan kerana mereka harus sedar bahawa tugas ini amat berat dan tidak boleh diambil mudah. Begitu juga halnya dengan rakyat. Rakyat juga harus bertanggungjawab terhadap negeri tanah tumpahnya darah mereka, terhadap pemimpin, dan sesama rakyat. Hal nilah yang digambarkan oleh budak pintar yang memberikan idea yang bernas sehingga telah berjaya menyalamatkan negerinya. Paduka Seri Maharaja telah bersetuju dengan cadangan tersebut Namun sebutir permata ini telah lenyap akibat sikap para pembesar dan raja yang buta hati. Pembesar yang iri hati telah menghasut Paduka Seri Maharaja agar membunuh budak itu kerana dikuatiri pada masa akan datang budak itu akan merampas kuasa raja. Seharusya mereka berbangga mempunyai rakyat dari golongan muda yang bergeliga otaknya, kerana kelak dapat membantu menguat dan mengukuhkan kerajaan sedia ada.
Mungkin hal ini turut bergantung pada zaman dan waktu tertentu, yang mana sistem beraja pada waktu itu amatlah disanjung tinggi. Perlanggaran pada sebarang titah raja,taat setia serta ingkar suruhan raja, boleh dianggap sebagai menderhaka. Raja tidak boleh dikaitkan dengan derhaka, sebaliknya boleh dikaitkan dengan zalim. Dalam masyarakat Melayu tradisional yang berpegang teguh pada institusi feudal, penderhakaan dianggap sesuatu yang hina. Darah rakyat yang menderhaka dihalalakan oleh raja untuk dibunuh. Rakyat pada waktu itu lebih bersikap akur, taat, tunduk, serta patuh. Konsep ini merupakan nilai hidup terpenting daripada kaca mata masyarakat Melayu tradisional. Mereka menyerahkan diri dengan penuh taat setia tanpa membantah malah menyumbang bakti yang tidak terbatas meskipun di luar kemampuan dan batas kemanusiaan serta sanggup berkorban apa sahaja. Namun pemikiran seperti ini sudah tidak ada dalam pemikiran masyarakat sekarang khususnya mayarakat Melayu. Raja masih dimuliakan tetapi lebih terbatas dan begitu juga dengan rakyat yang tidak dianiaya sesuka hati malah telah terpelihara hak dan kebajikan mereka. Kesimpulannya, kedua-duanya haruslah memahami tanggungjawab, interaksi dan saling bergantungan antara mereka.
1.1 Sinopsis
SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU
PERISTIWA DALAM BAB 1
Raja Iskandar Zul-Karnain dari
Makaduniah berperang dengan Raja Kida Hindi.Raja Kida
Hindi tewas dan diislamkan oleh Raja Iskandar Zul-Karnain.
Raja Iskandar
Zul-Karnain berkahwin dengan Puteri Syahrul-Bariyah, anak Raja Kida
Hindi dan mendapat seorang anak bernama Raja Aristun Syah.
Raja Suran, iaitu keturunan Raja Iskandar
Zul-Karnain memerintah negeri Amdan Negara dan baginda
ingin menyerang China untuk meluaskan jajahan takluk.
Raja Suran sampai ke Gangga Negara dalam perjalanannya ke
China. Bagindamenewaskan Raja Gangga Syah Johan dan
baginda berkahwin dengan Puteri Dara Segangga.
Raja Suran sampai di negeri Langgiu
dan menewaskan Raja Chulan. Raja Suran
kemudiannya mengahwini Puteri Onang Kiu.
Apabila Raja Suran berada di Temasik, orang
China membuat muslihat dengan menghantar orang-orang tua tiada gigi,
pokok yang sudah berbuah, dan jarum berkarat dengan sebuah kapal sehingga Raja
Suran membatalkan niatnya untuk menyerang China.
Raja Suran turun ke laut dan sampai di
bumi Dika dan baginda berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri, anak
Raja Aktabu'l-Ard.
Raja Suran mendapat tiga orang anak dengan Puteri
Mahtabu'l-Bahri danmewasiatkan supaya Raja Aktabu'l-Ard menghantar
anak-anaknya ke dunia apabila dewasa.
Raja Suran kembali ke dunia dengan kuda
semberani jantan.
PERISTIWA DALAM BAB 2
Anak-anak Raja Suran yang dipelihara oleh Raja
Aktabu'l-Ard, iaitu Nila Pahlawan, NilaUtama, dan Krisyna Pandita sudah dewasa
dan dihantar ke duniamenaiki lembu putih.
Anak-anak Raja Suran muncul di Bukit Si Guntang
pada waktu malam dan padi Wan Empuk dan Wan Malini berbuahkan emas,
daunnya menjadi perak, dan batangnya menjadi suasa.
Terjadi perkenalan antara Wan Empuk dan Wan Malini dengan
anak-anak Raja Suran.
Lembu putih kenaikan anak-anak Raja
Suran memuntahkan buih lalu keluar dari buih itu seorang lelaki, yang
diberi nama Batala.
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau dan
Krisyna Pandita pula menjadi raja di Tanjung Pura. Nila Utama
ditabalkan menjadi raja di Palembang.
Nila Utama (Seri Teri Buana) ingin mengahwini Raden Ratna
Cendera Puri tetapi Demang Lebar Daun mahu berwaad dengan Seri Teri
Buana. Waad itu akhirnya dimeterai untuk menjaga perhubungan raja dengan
rakyat. Seri Teri Buana dan Raden Ratna Cendera Puri berkahwin. Raden Ratna
Cendera Puri didapati tidak kedal.
Seri Teri Buana keluar mencari negeri dan
sampai di Bintan dan diambil oleh Wan Seri Beni sebagai anak angkat.
Seri Teri Buana kemudian berburu di
Bengkilau dengan pembesar-pembesar Bintan. Seri: Teri Buana teriihat
satu tempat, iaitu Temasek dan ingin ke tempat itu.
Kenaikan Seri Teri Buana dipukul
ribut dalam perjalanan ke Temasek. Ribut itu reda
setelah baginda meletakkan mahkotanya di air.
Seri Teri Buana membuka negeri di
Temasek dan diberi nama Singapura berdasarkan nama singa. Seri Teri
Buana ditabalkan sebagai raja Singapura yang pertama oleh Wan Seri
Beni.
PERISTIWA DALAM BAB 3
Seri Teri Buana menghantar rombongan peminangan ke benua
Keling untukmeminang Puteri Nila Pancadi untuk anakanda baginda, Raja
Kecil Besar.
Seri Teri Buana mangkat dan diganti oleh Raja
Kecil Besar bergelar Paduka Seri Pikrama Wira.
Paduka Seri Pikrama
Wira melantik beberapa jawatan penting seperti Bendahara,
Perdana Menteri, Penghulu Bendahari, dan hulubalang.
Betara Majapahit telah menghantar utusan ke
Singapura dengan bingkisan "Sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah
tiada putus, nipisnya seperti kertas, dan bergulung seperti subang".
Paduka
Seri Pikrama Wira tersalah anggap dan bertindak membalas utusan itu dengan
mencukur kepaia seorang budak dan beliungnya dihantar ke Majapahit.
Terjadi peperangan antara
Singapura dengan Majapahit tetapi Singapura tidak kalah.
Kemangkatan
Paduka Seri Pikrama Wira. Raja Muda dilantik menjadi raja Singapura dengan
gelaran Rakna Wikrama.
Badang menahan lukah tetapi ikannya dimakan
hantu. Badang dapat menangkap hantu itu tetapi hantu
meminta Badang melepaskannya dan permintaan Badang akan ditunaikan.
Badang meminta kekuatan dan Badang terpaksa makan muntahhantu
itu. Badang menjadi kuat dan dapat menebas hutan dalam masa yang
singkat sehingga dimerdekakan oleh tuannya.
Badang mengalahkan pahlawan dari benua Keling
bernama Nadi Bija Niakra. Badang hampir-hampir beriawan dengan Benderang, iaitu
pahlawan dari Perlak tetapi pihak Benderang membatalkan perlawanan itu dengan
alasan tidak mahu terjadi permusuhan pada kemudian hari.
Seri Rakna Wikrama mangkat dan digantikan oleh
anak baginda dengan gelaran Paduka Seri Maharaja.
Merah Silu menahan lukah dan selalu mendapat cacing
geiang-gelang. Apabila direbus, cacing geiang-gelang itu bertukar menjadi emas.
Merah Caga ingin membunuh Merah Silu dan Merah
Silu melarikan diri ke Rimba Jurun. Merah Silu menjumpai sebuah
tempat dan menamakan tempat tersebut Semundra berdasarkan semut besar yang
dilihatnya.
Rasulullah s.a.w. menyuruh sahabat baginda mengislamkan
rakyat Semundra. Tugas itu dilaksanakan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad
yang datang ke Semundra. Fakir
Muhammad mengislamkan penduduk-penduduk di Fansuri, Haru, Lamiri, dan
Perlak. Fakir Muhammad berjumpa Merah Silu di pantai
danmengislamkan beliau dan menukarkan namanya kepada Sultan
Maliku's-Salleh. Sultan Maliku's-Salleh mendapat dua orang
putera iaitu Sultan Maliku't-Tahir dan Sultan Maliku'l-Mansur.
Sultan Maliku't-Tahir dirajakan di Pasai. Sidi Ali
Ghiathu'd-Din menjadi Mangkubuminya.
Sultan Maliku's-Salleh gering dan mewasiatkan kepada
anak-anak baginda supaya berbaik-baik dan Semundra diperintah oleh Sultan
Maliku'l-Mansur.
Raja Syahru'n-Nuwi menitahkan Awi
Dicu menangkap raja Pasai dan Awi Dicu melaksanakan tugas itu
setelah membuat muslihat dengan hulubalang yang gagah di dalam empat
buah peti . Raja Pasai dijadikan gembala ayam oleh raja
Syahru'n-Nuwi. Sidi Ali
Ghiathu'd-Din bermuafakat dengan menteri untukmembebaskan raja
Pasai. Sidi Ali Ghiathu'd-Din berusaha untuk menyelamatkan rajanya dengan
membuat tipu muslihat. Beliau telah memberikan hadiah berharga kepada raja Syahru'n-Nuwi
sehingga raja Syahru'n-Nuwi berjanji akan memberi apa sahaja yang diminta oleh
Sidi Ali Ghiatu'd-Din sebagai balasan. SidiAli Ghiathu'd-Din memohon
raja Pasai daripada raja Syahru'n-Nuwi dan diizinkan
oleh baginda. Raja Pasai dibawa pulang.
Sultan Maliku'l-Mansur pergi ke Pasai untuk melawat
Sultan Maliku't-Tahir walaupun ditegah oleh Sidi Asma Yaumi'd-Din.
Sultan Maliku'l-Mansur mengambil dayang Sultan
Maliku't-Tahir dan dibawa pulang ke Semundra. Saltan
Maliku't-Tahir berdendam dengan Sultan Maliku'l-Mansur dan berusaha
untuk menangkapnya.
Sultan Maliku't-Tahir yang menggunakan tipu muslihat
berjaya menangkap Sultan Maliku'l-Mansur.
Sidi Asma Yaumi'd-Din dipenggal lehernya dan
kepalanya dibuang ke laut manakala Sultan' Mlaliku'l-Mansur dibawa berperahu ke
Manjung.
Sultan Maliku'l-Mansur berjumpa dengan kepala
Sidi Asma Yaumi'd-Din dan baginda meminta badan Sidi Asma
Yaumi'd-Din untuk dicantumkan dengan kepalanya kemudian dikebumikan di
Padang Maya.
Sultan Maliku't-Tahir menjemput Sultan
Maliku'l-Mansur pulang kerana bagindamenyesal bermusuh-musuhan dengan
saudara sendiri.
Sultan Maliku'l-Mansur mangkat di sisi kubur
Sidi Asma Yaumi'd-Din.
PERISTIWA DALAM BAB 4
Tuan Jana Khatib dari Pasai datang ke Singapura. Apabila
lalu berhampiran istana raja, beliau menilik batang pinang sehingga
terbelah dua.
Paduka Seri Maharaja murkakan Tuan Jana Khatib
dan menganggap Tuan Jana Khatib sengaja menunjukkan kepandaian di
depan isteri baginda. Tuan Jana Khatib dibunuh dan badannya ghaib ke
Lengkawi.
Todak menyerang Singapura dan ramai rakyat mati.
Seorang budakmencadangkan agar digunakan batang pisang sebagai penahan
serangan todak dan menghasilkan kejayaan.
Budak itu dibunuh kerana disangkakan akan
melebihi kepandaian raja suatu ketika nanti.
Paduka Seri Maharaja mangkat dan digantikan
oleh Raja Iskandar Syah.
Anak Sang Rajuna Tapa difitnah berbuat
jahat dengan lelaki lain dan dihukum sula oleh Raja Iskandar Syah di
hujung pasar. Sang Rajuna Tapa marah akan tindakan Raja Iskandar Syah
dan menyuruh Majapahit menyerang Singapura dan beliau sedia
membantu Majapahit.
Singapura dapat dikalahkan oleh Majapahit dan Raja
Iskandar Syah melarikan diri ke hulu Muar, manakala Sang Rajuna Tapa dan isteri
menjadi batu.
Raja Iskandar Syah menemui beberapa tempat, seperti
Biawak Busuk dan Kota Buruk.
Raja Iskandar Syah membuka Melaka berdasarkan
peristiwa pelanduk putih menendang anjing perburuan. Peristiwa itu
dilihat dari bawah pokok Melaka.
Raja Iskandar Syah mangkat dan digantikan oleh anakanda
baginda. Raja Muda. Raja Muda mangkat dan digantikan oleh Raden Tengah yang
akhirnya digantikan pula oleh Raja Kecil Besar seiepas kemangkatan
Raden Tengah.
Syed Abdul Aziz datang ke Melaka
dan mengislamkan penduduk Melaka.
Sultan Muhammad Syah menetapkan adat kepada rakyat
untuk membezakan raja dengan rakyat. Pembesar-pembesar istana juga
dikenakan peraturan-peraturan tertentu supaya dapat
mengukuhkan lagi pentadbiran Melaka.
Mani Purindan ke Melaka dari benua Keling dan berkahwin
dengan Tun Ratna Sandari. tu dikurniakan dua orang anak, iaitu Tun
Ali dan Tun Ratna Wati. Sultan Muharnmad Syah berkahwin dengan Tun
Ratna Wati dan mendapat seorang anakiaitu Raja Kassim.
SultanMuhammad Syah juga berkahwin dengan anak
raja Rekan, mendapat seorang anak iaitu Raja Ibrahim.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, Raja
Ibrahim menjadi sultandengan gelaran Sultan Abu Syahid sementara itu Raja
Kassim diusir dari istana.
Raja Kassim menyamar sebagai nelayan dan
bermuafakat dengan Maulana Jalalu'd-Din untuk merebut takhta kerajaan
Melaka. Perebutan takhta berlaku sehingga Raja Rekan dan Sultan
Abu Syahid terbunuh.
Raja Kassim ditabal menjadi raja bergelar
Sultan Muzaffar Syah. Bendahara Seri Wak Raja membunuh
diri setelah menganggap Sultan Muzaffar Syah tidak menyukainya.
Seri Nara Diraja Tun Ali dilantik menjadi
Bendahara manakala, Tun Perak, iaitu anak Seri Wak Raja menjadi penghulu di
Kelang.
PERISTIWA PENTING DALAM BAB 5
Sultan Muzaffar Syah mengumpulkan
rakyat menghadapi serangan Siam.
Tun Perak membawa angkatan dari Keiang
bersama anak isteri mereka sekali.
Awi Cakri menyerang Melaka
tetapi tidak dapat menewaskan Melaka.
Tun Perak mula mendapat kedudukan di Melaka
sehingga diiantik menjadi menteri. Rakyat Melaka berpecah
belah; satu berpihak kepada Seri Nara Diraja dan satu lagi berpihak kepada
Tun Perak dan ini membimbangkan Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Muzaffar
Syah menceraikan isterinya Tun Kudu dan diserahkan kepada Seri Nara
Diraja. Hal ini bertujuan mendamaikan Melaka.
Tun Perak menjadi Bendahara dengan gelaran
Bendahara Paduka Raja manakaia Tun Ali menjadi Seri Nara Diraja, memegang
jawatan Penghulu Bendahari.
Siam menyerang Melaka buat kali kedua di bawah
pimpinan Awi Dicu. Tun Perak meletakkan puntung-puntung api pada pokok-pokok di
tepi pantai. Awi Dicu membatalkan serangan lalu pulang ke Siam.
Tuan Saidi Arab memanah
Cau Panden dari Melaka . Cau Panden yang hendak menyerang Melaka mati di Siam.
Sultan Muzaffar Syah mangkat dan
digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah
Sultan Mansur Syah menitahkan
Bendahara dan pembesar-pembesar Melakamenyerang Indera
Pura.
Raja Indera Pura, iaitu Maharaja Dewa
Sura ditangkap manakala, puteri baginda, iaitu Onang Sari dibawa ke
Melaka dan dikahwini oleh Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berkeinginan
bersahabat dengan Siam dan Menteri Jana Putera serta Tun Telanai
dititahkan ke Siam.
Orang tua dari Melaka berjaya menunjukkan kebolehannya
sehingga mengagumkan raja Siam
Tun Telanai dan Menteri Jana Putera juga berjaya
membuat tipu helah sehingga berjaya mengelakkan
daripada menentang musuh Siam yang kuat di sebelah matahari mati.
PERISTIWA DALAM BAB 6
Seorang penyadap menjumpai seorang budak
hanyut dan diberi nama Ki Mas Jaya.
Patih Aria Gajah Mada mencadangkan agar Puteri
Raden Galoh Awi Kesumamemilih suami supaya dapat menjadi Betara Majapahit.
Penyadap membayangkan Ki Mas Jaya akan menjadi
Betara Majapahit, dan penyadap mahu beliau dilantik sebagai Patih
Aria Gajah Mada sekiranya perkara itu terjadi.
Pada hari pemilihan calon suami, Puteri Raden Galoh
Awi Kesuma memilih Ki Mas Jaya sebagai suami.
Penyadap menagih janjinya dengan Sang Aji
Jaya Ningrat tetapi Sang Aji Jaya Ningrat keberatan melantik penyadap sebagai
Patih Aria Gajah Mada.
Satu jawatan baru yang setaraf dengan Patih Aria Gajah
Mada diwujudkan, iaitu Patih Adi Kara dan diberikan kepada penyadap.
Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri
Raden Galuh Cendera Kirana, anak Sang Aji Jaya Ningrat dengan Puteri
Raden Galoh Awi Kesuma.
Rombongan Melaka sampai ke Majapahit dan dapat
menunjukkan kepandaian.
Tun Bija Sura
dapat menyelamatkan keris, mencuri keris Betara Majapahit, menari
"sapu-sapu rengit", dan menggertak anjing yang ditambat
berhampiran utusan Melaka.
Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Raden Galuh
Cendera Kirana.
Kuda Sultan jatuh ke dalam telaga tahi dan
diselamatkan oleh Hang Tuah.
Hang Tuah difitnah bermukah dengan dayang raja
sehingga Sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh.
Seri Nara Diraja menyembunyikan Hang Tuah
di sebuah dusun.
Orang-orang Melaka yang diketuai oleh Tun Perpatih
Putih dapat melihat wajahraja China setelah makan kangkung yang dibelah
tetapi tidak dikerat.
Puteri Hang Liu berkahwin dengan Sultan Mansur
Syah. Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Telanai dan Menteri Jana
Putera menghantar sembah baginda kepada raja
China. Tun Telanai dan Menteri Jana Putera terpesong ke Brunei dan
dapat menipu raja Brunei dengan mengatakan Sultan Mansur Syah tidak menyembah
China.
Raja China mendapat sakit kedal setelah
disembah oleh Sultan Mansur Syah dan ubatnya ialah air basuh kaki
Sultan Mansur Syah. Raja China sembuh daripada penyakitnya
setelah menyantap dan membasuh muka dengan air basuh kaki raja
Melaka.
PERISTIWA DALAM BAB 7
Hang Jebat mengamuk di istana Melaka
kerana membalas dendam atas kematian Hang Tuah.
Sultan Mansur Syah mengenang-ngenang akan Hang
Tuah memandangkan tidak ada sesiapa yang berjaya menewaskan Hang Jebat.
Seri Nara Diraja menjelaskan bahawa Hang Tuah masih
hidup dan Hang Tuah dibawa pulang.
Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat dan beliau berjaya
membunuh Hang Jebat. Hang Tuah diberikan gelaran Laksamana oleh
Sultan Mansur Syah.
Sultan Mansur Syah berpindah istana tetapi
istana yang baru dibina itu terbakar dan banyak harta tidak dapat diselamatkan.
Sultan Mansur Syah menitahkan Bendahara agar dibuat istana baru dan
istana itu disiapkan dengan kerjasama rakyat.
Seri Nara Diraja sakit dan mewasiatkan agar
Bendahara Paduka Raja menjaga anak-anaknya.
Bendahara Paduka Raja terlihat suatu
Cahaya dari langit turun ke kepala Tun Mutahir.
Tun Tahir dijadikan Seri Nara Diraja, iaitu Penghuiu
Bendahari manakala, Tun Mutahir menjadi Temenggung bergelar Seri Maharaja.
Melaka menyerang Kampar dan Maharaja Jaya dapat
dibunuh oleh Seri Nara Diraja manakala, Khoja Baba dapat membunuh Tun
Demang, mangkubumi Kampar.
Melaka menyerang Siak dan Siak dapat dikalahkan. Maharaja
Parameswara dibunuh oleh Akhtiar Muluk manakala, Megat Kudu, anak Maharaja
Parameswara ditawan.
Sultan Mansur Syah mengahwinkan anak baginda,
Raja Mahadewi dengan Megat Kudu kemudian Megat Kudu dirajakan di Siak dengan
gelaran Sultan Ibrahim.
Tun Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara
Paduka Raja kerana bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar jatuh menimpa
destar Raja Muhammad. Anak-anak buah Bendahara Paduka Raja ingin membalas
dendam tetapi ditegah oleh Bendahara.
Sultan Mansur Syah merajakan Raja Muhammad di
Pahang memandangkan tidak ada yang menyembah Raja Muhammad di Melaka.
Semerluki jatuh hati kepada ibu saudaranya dan dihalang
oleh ayahnya Keraeng Majiko. Keraeng Majiko menyuruh Semerluki merompak mencari
perempuan di Ujung Tanah.
Semerluki merosakkan jajahan Melaka dan
diketahui oleh Sultan Mansur Syah lalu menyuruh Laksamana menghalang Semerluki.
Orang-orang Melaka berperang dengan tentera
Semerluki dan ramai orang Melaka mati. Laksamana
berjaya menewaskan Semerluki.
Mauiana Abu Bakar membawa kitab
Duri'l-mazlum ke Melaka. Sultan Mansur Syah dan ramai pembesar Melaka
berguru dengan Maulana Abu Bakar. Sebelum itu kitab itu dirujuk dan
diterjemahkan di Pasai.
Sultan Mansur Syah menyuruh Tun Bija Wangsa ke
Pasai merujuk masalah agamadan masalah itu diselesaikan oleh Makhdum Mua.
Raja Cempa menjumpai seorang budak di
dalam mayang pinang dan diberi nama Pau Gelang. Setelah raja Cempa
mangkat, Pau Gelang dilantik sebagai raja Cempa. Cucu Pau
Gelang berkahwln dengan puteri Majapahit, Raden Galuh Ajeng
dan beranak raja-raja Cempa sehinggalah Pau Kubah.Pau
Kubah tewas berperangdengan raja Kuci. Syah Indera Berma, iaitu anak raja
Cempa lari ke Melaka.
Sultan Zainal Abidin dari Pasai melarikan diri ke
Melaka selepas adindanya merampas takhta. Orang-orang Melaka membantu
Sultan Zainal Abidin sehingga Sultan Zainal Abidin berjaya menaiki
takhta semula.
Sultan Zainal Abidin enggan menyembah Sultan
Mansur Syah dan Bendahara Paduka Raja, pulang ke Melaka dengan rasa kecewa.
Laksamana mengajak Bendahara merajakan semula
Sultan Zainal Abidin tetapi Bendahara enggan. Sultan Mansur
Syah murkakan Bendahara manakala, Laksamana pula memburuk-burukkan
Bendahara ketika di Pasai. Bendaharamemuji-muji Laksamana ketika di Pasai
dan apabila Laksamana mengetahui pujian Bendahara itu, Laksamana serba salah
dan pergi berjumpa Bendahara untuk meminta maaf.
Raden Kelang dibunuh oleh orang mengamuk di Melaka.
Sultan Mansur Syah gering dan memberi
wasiat kepada anakanda baginda sebelum mangkat. Sultan Mansur
Syah mangkat dan digantikan oleh Raja Hussain dengan gelaran Sultan
Alau'd Din Riayat Syah.
Melaka diancam pencuri sehingga Sultan
Alau'd-Din Riayat Syah bertindak menyamar diri untuk membanteras
pencuri-pencuri.
Temenggung Seri Maharaja bertindak keras dengan
mengetatkan undang-undang setelah beliau disindir oleh Sultan Alau'd-Din Riayat
Syah. Sultan Alau'd-Din Riayat Syah membuat undang-undang mencuri dikudungkan
tangan manakala, di simpang empat di tengah negeri dibuat sebuah balai untuk
diletakkan harta kecurian yang dijumpai.
Raja Pahlawan dari Haru mengamuk di Pasai
setelah surat yang bertulis 'salam' disebut 'sembah'. Ramai orang Pasai mati.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah menyuruh pahlawan
Melaka menghalang orang-orang Haru. Pertempuran berlaku
antara orang-orang Melaka dengan orang-orang Haru.
Berlaku perdamaian antara Melaka dengan Haru.
Raja Maluku dan Telanai Terengganu datang ke
Melaka.
Selepas Telanai Terengganu pulang, Sultan Muhammad, iaitu
Raja Pahang menitahkan Seri Akar Raja membunuh Telanai
Terengganu kerana pergi ke Melaka tanpa memberitahu baginda.
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah mendapat tahu perkara itu
dan menitahkanpahlawan-pahlawannya menyerang Pahang kerana
Sultan Muhammad membunuh Telanai Terengganu tanpa pengetahuan Melaka dan Raja
Muhammad juga ingin menyerang Melaka. Bendahara tidak membenarkan keinginan
Sultan Alau'd-Din Riayat Syah untuk menyerang Pahang.
Laksamana telah dititahkan ke Pahang untuk menyelesaikan
masalah itu. Laksamana Hang Tuah ke Pahang dan menyuruh
orangnya membunuh salah seorang keluarga Seri Akar Raja.
Apabila ditanya tentang pembunuhan ke atas Telanai
Terengganu, Sultan Muhammad berdalih dengan mengatakan Telanai Terengganu
berlaku biadap.
PERISTIWA DALAM BAB 9
Tun Jana Pakibul membunuh
orang di Siak atas suruhan Sultan Ibrahim dan tidak
memberitahu ke Melaka.
Laksamana Hang Tuah dihantar ke Siak
dan di sana beliau mencerca Tun Jana Pakibul kerana
membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka.
Sultan Alaud'Din Riayat Syah gering dan
baginda memberi wasiat kepada
pembesar-pembesar supaya merajakan Raja Mamad dan menasihati beliau
kerana beliau masih kecil.
Raja Mamad dilantik sebagai Sultan Melaka
setelah Sultan Alaud'-Din Riayat Syah mangkat.
Sultan Mahmud gering dan dijaga oleh
Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah. Apabila sembuh,
Bendahara dan Laksamana dlanugerahkan usungan tetapi Bendahara tidak
menggunakannya.
Bendahara Paduka
Raja sakit dan memberi wasiat kepada anak cucunya. Kepada
Sultan Mahmud Syah, beliau menasihatkan agar jangan ikut nafsu dan jangan
mendengar fitnah.
Bendahara Paduka Raja mati dan digantikan
oleh Bendahara Tun Perpatih Putih.
Sultan Mahmud Syah mengganggu isteri Tun
Biajid dan baginda hampir-hampir dibunuh oleh Tun Biajid.
Sultan Mahmud Syah juga mengganggu Tun
Dewi tetapi oleh sebab Tun Ali Sandang berada di sana. Sultan
Mahmud menyuruh Tun Isap membunuh Tun Ali Sandang.
Seri Wak Raja ingin membunuh Tun Isap
tetapi Sultan Mahmud menyuruh Tun Isap melarikan diri. Tun Isap
pulang ke Melaka dan dibunuh oleh Seri Wak Raja.
Seri Bija Diraja dibunuh oleh Sultan Mahmud
kerana lambat datang pada hari raya.
Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang
Manjong manakala, Seri Maharaja menyerang
Kelantan. Kedua-dua serangan itu berhasil.
PERISTIWA DALAM BAB 10
Bendahara Putih mati dan digantikan oleh
Bendahara Seri Maharaja atau Tun Mutahir. Bonda Sultan Mahmud yang memilih
beliau menjadi Bendahara.
Kedatangan Patih Adam dari Surabaya akhirnya telah
menimbulkan krisis di Melaka kerana ingin berkahwin dengan Tun Minda, anak Seri
Nara Diraja. Patih Adam menuntut janji daripada Seri Nara Diraja yang
dikatakan mahu menjodohkan Patih Adam dengan Tun Minda tetapi Seri Nara Diraja
menafikannya.
Setelah kemangkatan permaisurinya, Sultan
Mahmud menitahkan agar dipinangPuteri Gunung Ledang.
Tun Mamad, Laksamana, dan Sang Setia ke Gunung Ledang.
Tun Mamad berjumpa Dang Raya Rani lalu Tun Mamad memberitahu tujuannya
ke Gunung Ledang itu. Seorang perempuan tua berjumpa dengan Tun Mamad dan
menjelaskan syarat yang dikenakan untuk meminang Puteri Gunung
Ledang.
Apabila diberitahu kepada Sultan Mahmud, Sultan
Mahmud membatalkan niatbaginda meminang Puteri Gunung Ledang.
Baginda tidak sanggup menumpahkandarah anakanda baginda. :
Orang-orang Melaka menjadikan orang Inderagiri di Melaka
sebagai hamba sehingga mereka ingin pulang ke negeri mereka. Akhirnya, Sutan
Nara Singa pulang ke Inderagiri.
Hang Nadim diarahkan ke benua Keling untuk membeli kain
serasah. Kepandaian Hang Nadim melukis sendiri corak kain dikagumi.
Hang Nadim pulang ke Melaka tetapi kapal yang
dinaikinya tenggelam kerana kapal Hang Isap disumpah oleh seorang
wali.
Sultan Mahmud murka kepada Hang Nadim kerana tidak banyak
membawa balik kain yang diingini baginda.
Hang Tuah meninggal dunia dan digantikan oleh Laksamana
Khoja Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB 11
Sultan Abdul Jamal menyuruh Seri Wangsa Diraja
ke Melaka untuk memberitahu kemangkatan ayahanda baginda.
Sultan Mahmud berasa sedih dan menitahkan Seri
Wak Raja ke Pahang untuk menobatkan Sultan Abdul Jamal Syah.
Setelah Seri Wak Raja pulang dan memberitahu kecantikan
Tun Teja, Sultan Mahmud inginkan Tun Teja walaupun Tun Teja sudah bertunang
dengan Sultan Abdul Jamal.
Hang Nadim ke Pahang untuk membawa
pulang Tun Teja ke Melaka. Hang Nadim berjaya
melarikan Tun Teja setelah berbaik-baik dengan perempuan tua tukang urut.
Hang Nadim berjaya mengalahkan serangan
Pahang di laut.
Sultan Abdul Jamal ingin menyerang Melaka
dengan gajah Ai Kening. Laksamana Khoja Hassan ke Pahang dan melarikan gajah Ai
Kening, dan sebelum itu Laksamana Khoja Hassan dapat menewaskan angkatan Pahang
yang menyerangnya di laut.
Sultan Abdul Jamal begitu marah dan turun dari
takhta. Baginda digantikan oleh anakanda baginda, Sultan Mansur Syah.
Raja Zainal, iaitu adinda kepada Sultan
Mahmud mengambil kesempatan atas ketampanannya untuk merosakkan gadis
dan perempuan di Melaka.
Sultan Mahmud mahu supaya Raja Zainal dibunuh sahaja
dan tugas ini disempurnakan oleh Hang Berkat. Setelah Hang Berkat
digelar Sang Sura, isteri Sang Sura bermukah dengan Sang Guna. Sang Sura
ingin membunuh Sang Guna tetapi ditegah oleh Sultan Mahmud. Sultan
Mahmud menitahkan agar Sang Guna tidak boleh keluar rumah.
PERISTIWA DALAM BAB 12
Raja Legor ingin menyerang Pahang atas suruhan
raja Siam. Bendahara Seri Maharaja dititahkan ke Pahang
untuk membantu Pahang.
Orang-orang Melaka menyiapkan kubu
pertahanan di Pahang. Terjadi peperangan antara orang
Legor dengan Pahang tetapi Pahang tidak dapat ditewaskan.
Tun Perpatih Hitam dan Tun
Hussain dibunuh kerana bersikap biadap di hadapan Bendahara.
Cau Seri Bangsa memeluk Islam setelah berjaya
menewaskan Raja Sulaiman Syah di Kota Mahligai. Cau Seri Bangsa menjumpai
Petani dan menjadi raja di sana. Cau Seri Bangsa memohonkan nobat di
Melaka. Raja Kedah juga datang ke Melaka dan memohonkan nobat.
Kedatangan Peringgi ke Melaka dan bentuk
fizikal mereka menghairankan orang-orang Melaka.
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan
Gonsalo Periera tetapi gagal menewaskan Melaka.
Maulana Sadar Jahan datang ke
Melaka. Sultan Mahmud berguru dengan maulana itu. Tun Mai Ulat
Bulu berguru dengan Maulana Sadar Jahan tetapi Maulana Sadar Jahan memarahi
beliau yang susah menyebut perkataan bahasa Arab.
Sultan Mahmud menitahkan Orang Kaya Tun Muhammad ke
Pasai merujuk soal agama dan masalah itu diselesaikan oleh Tun
Hassan.
PERISTIWA DALAM BAB 13
Bendahara Seri Maharaja hendak mengahwinkan anaknya Tun
Fatimah dengan Tun Ali. Raja Dibaruh menasihatkan agar Bendahara menunjukkan
Tun Fatimah kepada Sultan Mahmud terlebih dahulu tetapi Bendahara
enggan kerana darjat keluarganya rendah jika dibandingkan dengan Sultan
Mahmud.
Bendahara mengahwinkan anaknya dengan Tun Ali.
Sultan Mahmud berdendam dengan Bendahara
setelah melihat kecantikan Tun Fatimah.
Ali Manu Nayan ingin memberi rasuah kepada Tun
Hassan Temenggung tetapi ditolak oleh beliau.
Anak-anak buah Tun Hassan Temenggung selalu meminta
rasuah daripada saudagar-saudagar kaya di Melaka.
Nina Sura Dewana dan Raja
Mendaliar bertelagah dan meminta Bendahara
menyelesaikannya tetapi disuruh pulang terlebih dahulu kerana hari sudah
petang.
Nina Sura Dewana memberi hadiah kepada Bendahara
Seri Maharaja dan perkara ini dilihat oleh Si Kitul.
Si Kitul memberitahu Raja Mendaliar bahawa Nina Sura
Dewana memberi emaskepada Bendahara supaya Bendahara membunuh
Raja Mendaliar.
Raja Mendeliar memberi hadiah kepada Laksamana
Khoja Hassan dan memberitahu bahawa Bendagara Seri Maharaja ingin menderhaka.
Laksamana Khoja Hassan memberitahu Sultan Mahmud dan
Sultan Mahmud bercadang untuk membunuh Bendahara kerana selama ini baginda
memangberdendam dengan Bendahara kerana Tun Fatimah.
Bendahara Seri Maharaja, Seri Nara Diraja, Tun Hassan
Temenggung, dan Tun Alidibunuh oleh Sultan Mahmud.
Paduka Tuan dilantik menjadi Bendahara walaupun
sudah tua dan uzur.
Tun Fatimah tidak pernah senyum, malah
menggugurkan kandungan selepas berkahwin dengan Sultan Mahmud.
Sultan Mahmud turun
dari takhta dan digantikan dengan Sultan Ahmad Syah dan Sultan
Ahmad pula merupakan seorang sultan yang mengamalkan sikap pilih
kasih.
PERISTIWA DALAM BAB 14
Peringgi menyerang Melaka di bawah pimpinan
Alfonso d'Albuquerque tetapiserangan kali pertama Peringgi ke atas
Melaka gagal.
Orang-orang Melaka membaca Hikayat Muhammad Hanafiah untuk menaikkan semangat kerana Peringgi akan menyerang lagi.
Berlaku pertempuran hebat antara tentera
Peringgi dengan orang-orang Melaka sehingga orang Melaka tidak dapat bertahan.
Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud meiarikan diri hingga ke Pahang.
Sultan Ahmad dibunuh atas arahan ayahandanya kerana
baginda tidak menghormati pembesar-
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
pembesar dan digantikan oleh Raja Muzaffar.
Tun Fatimah melahirkan seorang
anak lelaki, iaitu Tun Ali dan diberi gelaran Sultan Alau'd-Din Ri'ayat
Syah.
Peringgi menyerang Bintan dan Sultan Mahmud terpaksa
berundur hingga ke Kampar.
PERISTIWA DALAM BAB 15
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah ditabalkan menjadi
raja selepas kemangkatan Sultan Mahmud Syah dan baginda meninggalkan
Kampar menuju ke Pahang dan berkahwin dengan Raja Kesuma Dewi, anak
Sultan Mansur Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah membuka sebuah
negeri di Kuala Johor.
Raja Omar, iaitu cucu Sultan Mansur Syah di
Pahang berkahwin dengan Raja Fatimah, anak Sultan Alaud'-Din Ri'ayat
Syah.
Sultan Muzzafar Syah menggantikan Sultan
Alaud'-Din Ri'ayat Syah yang mangkat dan baginda membuka sebuah negeri bernama
Seluyut.
Raja Omar menceraikan isteri pertamanya setelah
Raja Fatimah hamil, manakala Sultan Muzaffar Syah jatuh hati
dan berkahwin dengan bonda Raja Mansur.
Kemangkatan Sultan Muzaffar dan digantikan
oleh Sultan Abdul Jalil Syahkemudian digantikan pula oleh Sultan Ala Jalla
Abdul Jalil Ri'ayat Syah.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil Ri'ayat Syah membuka
negeri di Batu Sawar dan kemudiannya ke negeri Makam Tauhid.
Sultan Ala Jalla Abdul Jalil mangkat dan
digantikan oleh Raja Martgsur dengan gelaran Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah.
Sultan Alaud'-Din Ri'ayat Syah
kemudiannya memindahkan pusat pentadbiran negeri dari Makam Tauhid ke
negeri di Pasir Raja.
Notes Yang sangat bagus Dan mudah
BalasPadam