Jumaat, 7 Februari 2014

SEM 2: CONTOH PROPOSAL PBS SEJARAH

CONTOH TAJUK BERDASARKAN TEMA UNTUK PBS SEJ 2014 (SEKADAR CADANGAN)

Sejarah Tokoh
Sumbangan YB.............terhadap masyarakat Kampung.....di Daerah Muara Tuang dari.........hingga........
Sumbangan Penghulu/Tuai Rumah .................terhadap Kampung/Rumah Panjang........ dari tahun....hingga....
Sumbangan Awang Mahyan(siapa saja asal signifikan) dalam perkembangan sukan bolasepak negeri Sarawak hingga tahun 2013
Peranan dan sumbangan En.Jais Sahok dalam bidang bahasa dan kesusasteraan di negeri Sarawak
* Pilih tajuk setempat yang mudah anda kaji seperti Imam,Kadi,Ketua Kampung,Bidan dll

Tema 2: Sejarah Sukan
Sejarah penglibatan Pandalela Rinong dalam Sukan Terjun sehingga Tahun 2013
Sejarah Perkembangan Persatuan Bola Baling di SMK Kota Samarahan dari.......hingga.....
Sejarah Perkembangan Seni Silat Gayung di Kampung.............dari.....hingga........
Kajian Kes: Sejarah perkembangan & Sumbangan Persatuan......dari.....hingga.....

Tema 3: Sejarah politik
Sejarah Perkembangan Parti.....Cawangan.....dari Tahun....hingga.....
Sejarah Ahli DUN/Parlimen kawasan N..../P.....dari ...hingga....
Legasi Politik Pembangunan Era Pehin Sri Taib Mahmud di Sarawak dari...hingga....

Tema 4: Sejarah Kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum
Sejarah asal-usul Kaum Melayu Jawa di Kampung ……. Daerah Kulim dari tahun.....hingga.....
Sejarah asal-usul kaum Melanau di Kampung.....dari.....hingga....
Sejarah asal-usul Merpati Jepang di Sarawak dari tahun...hingga....
Sejarah asal-usul gelaran Abang/Awang/Sharifah/Dayang di Sarawak dari...hingga....

CONTOH PROPOSAL  (TEMA : KAUM)
Tajuk : Sejarah perkembangan budaya kaum Baba dan Nyonya di Melaka dari tahun ….. hingaa ….
Pemilihan tajuk
Saya  telah memilih tajuk Kebudayaan Baba Nyonya di Melaka. Saya memilih tajuk ini kerana kawasan kajian saya adalah sebuah kawasan dimana terletaknya tinggalan sejarah yang kini menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Melaka. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan cara kehidupan dan budaya yang mereka amalkan. Bagi saya, budaya baba nyonya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kajian kerana terdapat pelbagai aspek yang dapat dikaji.
                                                                                                                 
PengenalaN
Cara hidup dan kebudayaan Baba Nyonya:
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan dimana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.
Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabut unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.

Objektif kajian
Antara objektif saya menjalankan kajian ini adalah :
a) Untuk mengkaji asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
b) Untuk mengkaji keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
c) Untuk mengetahui bahasa yang digunakan oleh kaum Baba Nyonya.
d) Untuk mengkaji tentang pakaian yang digunakan oleh kaum ini.
e) Untuk  mengupas makanan tradisional Baba Nyonya.
Permasalahan kajian

Saya akan mengupas mengenai asal usul Baba Nyonya.Selain itu,mengupas tentang keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.Selain itu,saya ingin mengkaji dan mengupas bahasa yang digunakan oleh kaum ini.Akhir sekali,saya akan mengkaji tentang pakaian tradisional yang digunakan oleh masyarakat Baba Nyonya dan makanan tradisional Baba Nyonya.

Skop kajian
Saya akan mengkaji mengenai asal usul Kaum peranakan Baba Nyonya yang sudah wujud di negeri ini sejak 600 tahun lalu dan negeri Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini bertapak.

Kajian Lepas:
Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID dan jurugambar ABDUL RAZAK LATIF baru-baru ini telah mendekati kumpulan minoriti Baba Nyonya yang ada di Melaka untuk mengetahui sejauh mana adat resam dan budaya masyarakat itu dapat dipertahankan.
Kaedah Kajian
Untuk hasil kajian saya ini, saya telah mengaplikasikan beberapa kaedah kajian. Antaranya ialah :
a) Kaedah temubual :- Melalui kaedah ini, saya telah menemu ramah beberapa orang tempatan yang mengetahui tentang asal usul kumpulan minoriti Baba Nyonya.
b) Kaedah lawatan :- Saya juga telah melawat kawasan kajian yang didiami oleh kaum Baba Nyonya di Jonker Walk.
c) Melayari internet :- Kaedah melayari internet juga turut saya aplikasikan di dalam kajian saya ini kerana ia merupakan salah satu cara terpantas untuk memperolehi maklumat.
d) Pembacaan karya ilmiah :- Saya telah membaca beberapa karya ilmiah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada hasil kajian saya.

 




Pembahagian Struktur esei.
Bahagian 1 : Asal usul kemunculan kaum Baba Nyonya
Ia berpunca pada zaman sebelum Kesultanan Melayu Melaka menerusi perkahwinan campur yang berlaku di antara pedagang Cina yang datang berniaga ke Tanah Melayu pada waktu itu yang kemudiannya jatuh cinta dan akhirnya mengahwini wanita Melayu.
Bahagian 2 : Keunikan budaya yang diamalkan oleh kaum Baba Nyonya.
Kaum Baba Nyonya mengamalkan cara hidup seperti kaum Melayu.Baba Nyonya ini mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.
Bahagian 3 : Bahasa yang digunakan
Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah  golongan ini  mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu (Bahasa Kreol) dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.
Bahagian 4:Pakaian
Di dalam bahagian ini pula, saya akan mengupas mengenai pakaian kaum Baba Nyonya. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina.
Bahagian 5:Makanan
Di dalam bahagian ini saya akan mengkaji dan mengupas tentang makanan masyarakat Baba Nyonya yang kita tidak ketahui.Selain itu,dikatakan makanan kaum Baba Nyonya dikatakan sama dengan makanan masyarakat orang Melayu.
Penutup

Saya berharap, dengan hasil kajian saya ini, akan membuka mata masyarakat untuk lebih menghargai amalan dan budaya sosial yang diamalkan masyarakat Baba Nyonya yang semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan